Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot memberitahu sidang akhbar di Jakarta semalam bahawa sepanjang sembilan bulan berkahwin dengan Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, dia "diperlakukan seperti binatang" dan "barang mainan".

manohara odlia pinot kelantan 260509 Sidang akhbarnya itu turut disiarkan oleh sebuah stesen televisyen Indonesia - Tran7 - yang kini tersebar melalui youtube di Internet.

Manohara mendakwa dia menjadi mangsa penganiayaan seksual, fizikal dan mental oleh suaminya.

"Semuanya benar, tiada pembohongan tentang perkara itu. Saya ada bukti," katanya dalam sidang akhbar tersebut.

"Jadi di Kelantan itu, jika saya dibilang puteri, (itu) benar-benar enggak. Saya diperlakukan seperti binatang. Saya dikunci dalam bilik.

"Jika dibenarkan keluar pun, saya dipaksa senyum dan berlakon tiada apa-apa berlaku. Jika tidak, saya akan hadapi masalah apabila pulang nanti," katanya.

truth appeared pix manohara odelia pinot indonesia model with time stamps 230409 05 Dalam sidang akhbar tersebut, Manohara turut menyuara kekecewaannya terhadap kedutaan negaranya di Malaysia kerana tidak menyiasat dakwaan beliau didera itu.

"Mereka kata saya gembira dan patut dibiarkan sendiri di Kelantan. Tetapi mereka tidak sekali pun menyiasat atau menelefon saya. Mereka kata, berdasarkan gambar, saya nampak gembiran dan OK," katanya.

'Dakwa kedutaan tak bantu'

Dia juga mendakwa kedutaan Indonesia di Malaysia dan Singapura tidak membantunya ketika berada dalam kecemasan.

"Pada hari Ahad (semalam), saya hubungi kedutaan Indonesia (Di Singapura) dahulu dan minta pertolongan. Mereka menolaknya walaupun ia kecemasan, sebab semalam hari cuti.

"Mereka (kedutaan) minta saya hubungi semula pada hari Isnin (hari ini) dan memohon maaf kerana kerana tidak dapat membantu. Inilah jenis respons yang kamu dapat ketika waktu-waktu kecemasan.

"Inilah Indonesia. Saya harap perkara ini boleh berubah," katanya yang banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam sidang media di Jakarta semalam.

manohara odelia pinot tengku fakhry kelantan selangor fa cup final 280409 Media Indonesia semalam melaporkan, Manohara yang asalnya mengikuti suaminya menziarahi Sultan Kelantan yang sedang gering dilaporkan "melarikan diri" dan pulang ke Indonesia dengan pertolongan kedutaan Amerika Syarikat di Kota Singa itu.

Bagaimanapun, Mohd Soberi Shafii - sahabat karib kepada Tengku Muhammad Fakhry - berkata "Manohara tidak lari atau dilarikan, sebaliknya pulang dengan izin suaminya".

Lihat video

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS