Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Manohara pulang dengan izin suami, kata teman karib Tengku TT

Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot bukan dilarikan atau melarikan diri, tetapi pulang dengan izin suaminya, Tengku Temenggung Kelantan, kata teman karib pasangan tersebut.

Manohara dalam sidang akhbar di Jakarta semalam mendakwa dia didera oleh suaminya, Tengku Temenggung Kelantan.

manohara odlia pinot kelantan 260509 "Tengku Temenggung (Tengku Muhammad Fakhry Petra) tidak ada apa-apa (masalah). Manohara pulang dengan izinnya," kata Mohd Soberi Shafii kepada Malaysiakini pagi ini.

"Bukan dilarikan atau melarikan diri, tetapi pulang dengan izin," tegasnya lagi.

Beliau juga menafikan berlakunya kekecohan antara pihak istana dan ibu Manohara, Daisy Fajarina di sebuah hotel di Singapura semalam.

Menurutnya, dalam kejadian di Hotel Royal Plaza itu, Manohara membuat keputusan pulang ke Jakarta setelah pertemuan panjang selama tujuh jam dengan ibu dan kakaknya Dewi Seri Asih.

Bagaimanapun, Mohd Soberi mendakwa apa yang dikatakan Manohara dalam sidang akhbar di Jakarta itu "menurut arahan dan skrip ibunya" semata-mata.

"Dia (Manohara) takut pada ibunya. Dia hanya ikut suruhan ibunya. Ini semua telah ditetapkan oleh ibunya.

'Atur rancangan'

"Di waktu kecilnya, beliau pernah melihat kegarangan ibunya menyiksa orang gaji ketika di Perancis dahulu," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Soberi menafikan bekas model berumur 17 tahun itu didera secara fizikil, emosi dan seksual, termasuk disuntik hormon bagi menambahkan berat badan oleh Tengku Muhammad Fakhry.

"Tindakan Manohara cuma (diatur supaya) mengiyakan segala cakap ibunya selama ini," kata Mohd Soberi yang juga seorang ahli perniagaan itu.

manohara odelai pinot mother daisy fajarina 230409 Mohd Soberi (foto) juga berkata, Daisy telah mengatur rancangan awal bagi membawa pulang anaknya itu.

"Dia (Daisy) sudah aturkan. Di hotel, krew televisyen Singapura sudah ikut dia. Sampai di lapangan terbang di Jakarta, (Manohara) terus dibawa ke stesen televisyen untuk diwawancara," tambah Mohd Soberi.

Ditanya sama ada pasangan diraja itu akan bercerai, beliau berkata: "Terserahlah kepada Manohara. Kalau ingin bercerai, kita ikut proses perceraian. Tengku TT (Tengku Temenggung) ambil sikap serah (keputusan) kepada Manohara," katanya.

Beliau mendakwa, putera ketiga Sultan Kelantan itu juga tidak menyalahkan pihak kedutaan Indonesia atau Amerika Syarikat kerana membantu membawa keluar isterinya daripada kota Singa itu.

Pemeriksaan perubatan

"Beliau tidak salahkan kerajaan. Beliau tidak minta kerajaan selesaikan masalah keluarganya. Rakyat Malaysia tidak bodoh untuk memperalatkan kerajaan untuk kepentingan sendiri," katanya.

manohara odelia pinot tengku kelantan royal indonesia model controversy 210409 02 Media Indonesia melaporkan, Manohara dibantu kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Singapura untuk kembali ke Jakarta.

Dia dilaporkan tiba di negara seberang itu kira-kira 7 pagi waktu Indonesia.

Bekas model itu dilaporkan akan mengadakan pemeriksaan kesihatan pagi ini, selain pemeriksaan psikiatri.

Hasil pemeriksaan perubatan itu dilaporkan akan diserahkan kepada peguamnya.

Mengulas perkara itu, Mohd Soberi berkata, Tengku TT mengalu-alukan pemeriksaan perubatan itu.

"Tengku TT alu-alukan. Sudah sampai masanya untuk menunjukkan bukti," katanya.

Usaha Malaysiakini menghubungi Daisy di Jakarta setakat ini belum berhasil.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS