Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jumlah anggota polis, wartawan, jurugambar serta pekerja pilihanraya kecil DUN Penanti, lebih ramai daripada jumlah pemilih yang datang mengundi di Berapit, Kubang Ulu, Tanah Liat, Guar Perahu dan Mengkuang.

Ini berdasarkan pemerhatian Malaysiakini sehingga jam 10.45 pagi tadi.

Pengarah pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya berharap sekurang-kurangnya 65 hingga 70 peratus keluar mengundi hari ini.

penanti by election polling day 310509 voting.jpg Beliau percaya calon PKR, Mansor Othman akan memperolehi 7,000 undi dari penyokong tegar parti itu, untuk menang dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Saifuddin juga mengakui bahawa proses pengundian hari ini agak lembap.

Sementara itu, pekerja pilihanraya PKR menjangka lebih ramai pemilih akan keluar mengundi mulai tengahari ini.

Manakala beberapa pegawai pilihanraya PKR meramalkan calon bebas Nai Khan Ari akan mendapat lebih banyak undi daripada calon-calon bebas yang lain.

Nai Khan merupakan bebas ketua Pemuda Gerakan tempatan.

"Beliau mungkin mendapat lebih 300 undi kerana kaitannya dengan BN dan masyarakat Thai," kata seorang pemimpin PKR dari Permatang Pauh.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas timbalan ketua menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409

Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Terdapat seramai 15,384 pengundi di DUN Penandi di mana 72.6 peratus daripadanya adalah Melayu, 24.2 peratus Cina, 2.4 peratus India dan 0.7 peratus kaum lain.

.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS