Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kesemua 7 mayat ditemui
Diterbitkan:  May 30, 2009 8:25 PM
Dikemaskini: 12:28 PM

Kesemua tujuh mayat pekerja yang terbunuh selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan lama Pasaraya Jaya, di Seksyen 14, Petaling jaya, telah ditemui.

Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata tiga lagi mayat dikeluarkan hari ini.

jaya supermarket building collapse 290509 03 Bagaimanapun, dua mayat terakhir yang dtemui hari ini tidak dapat dikenalpasti.

Sehubungan itu, pihak polis akan mendapatkan bantuan Kedutaan Indonesia untuk mengenalpasti mereka melalui identifikasi DNA.

Berikutan penemuan kesemua mayat berkenaan, maka operasi mencari dan menyelamat berakhir pada kira-kira jam 5 petang tadi.

Sementara itu, Bernama melaporkan mayat-mayat itu ditemui berdekatan antara satu sama lain di bawah timbunan konkrit.

"Mayat pertama merupakan sebahagian tulang belakang dengan daging manusia ditemui pada pukul 12 tengah hari, manakala satu lagi mayat sempurna ditemui pada pukul 12.50 tengah hari," kata ACP Arjunaidi dalam satu sidang akhbar.

Menurutnya, sebahagian tulang belakang berdaging yang ditemui itu belum dapat dikenalpasti indentitinya, manakala mayat yang cukup sifat itu dikenali sebagai Hadi, 30.

Arjunaidi berkata cebisan mayat yang belum dikenalpasti itu perlu dianalisis oleh Jabatan Forensik untuk mengenal pasti indentitinya.

Katanya tiada sebarang dokumen ditemui pada mayat Hadi, tetapi berdasarkan maklumat daripada saudara mangsa, ia merupakan mayat Hadi.

Sementara itu, ACP Arjunaidi berkata, penduduk 12 buah rumah berhampiran tempat kejadian runtuhan bangunan lama itu, diarah berpindah serta-merta untuk membolehkan kerja-kerja merobohkan keseluruhan bangunan itu dijalankan dengan selamat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS