Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Laporan audit PricewaterhouseCoopers (PwC) mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) telah menguatkan lagi dakwaan selama ini - tetapi diketepikan oleh kerajaan - bahawa projek yang dibiayai dengan wang rakyat itu, dilanda kelemahan dan kecacatan sejak dari mula ia dilaksanakan lagi.

Antara fakta yang disahkan oleh PwC ialah PKFZ berdepan dengan peningkatan kos, kelemahan dalam urustadbir dan pengurusan projek dan berlaku konflik kepentingan oleh PKFZ dan pegawai-pegawai yang lain.

ong tee keat pkfz klang visit 060508 12 Di samping itu, cara laporan itu didedahkan oleh Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) juga harus dipersoalkan.

Mengapa laporan itu hanya boleh diakses sehingga 10 Jun sahaja? Mengapa hanya 15 salinan laporan itu yang disediakan?

Ia juga sukar dipercayai yang PwC bukan sahaja meyatakan ia tiada perlu menjawab sebarang persoalan, dan tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak, kecuali PKA, tetapi turut menekankan bahawa pembaca tidak boleh mengguna atau bergantung kepada laporan itu untuk membuat sebarang kesimpulan.

Jika PwC begitu takut untuk dikaitkan dengan kesimpulan umum berasaskan kepada laporannya sendiri, maka adakah firma antarabangsa itu akan mempertahankan juruauditnya sendiri?

Mengapa tidak ada pihak yang bersedia untuk mempertahankan integriti dokumen tersebut?

Namun begitu, keputusan untuk menyerahkan laporan setebal 45 halaman itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus dialu-alukan.

CHARLES SANTIAGO adalah ahli Parlimen (DAP) Klang.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS