Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Biometrik banteras 'pengundi hantu'
Diterbitkan:  May 22, 2009 7:56 PM
Dikemaskini: 12:05 PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji kemungkinan menggunakan sistem pengenalan data pengundi melalui biometrik pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata penggunaan sistem itu didapati berkesan untuk pengenalan data pengundi.

"Penggunaan sistem biometrik ini lebih baik daripada penggunaan dakwat kekal," katanya dalam sidang media SPR di Butterworth hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya di negara ini, lapor Bernama .

Pada 2007, terdapat cadangan penggunaan sistem biometrik itu,

bagaimanapun ia tidak dapat dilaksanakan pada pilihanraya umum lalu

kerana penggunaannya melibatkan kos yang tinggi, kira-kira RM40

juta.

Kaedah mengesan pengenalan pengundi secara biometrik membabitkan penggunaan Mykad dan pengimbas cap jari.

Pengundi cuma perlu meletakkan MyKad dalam sistem pengimbas biometrik sebelum masuk ke dewan pengundian dan sistem berkenaan dikatakan boleh membanteras penipuan seperti "pengundi hantu".

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata SPR sedang mengkaji kemungkinan memanjangkan tempoh penamaan calon daripada satu jam kepada satu tempoh lebih panjang.

"Kita sedang kaji perkara ini. Kalau boleh kita nak panjang sedikit (waktu penamaan calon)," beliau dipetik berkata.

Mengenai proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Penanti esok, beliau menasihati semua penyokong calon terlibat agar mematuhi peraturan ditetapkan.

Pilihanraya kecil tersebut, yang jatuhnya 31 Mei, diadakan susulan

peletakan jawatan penyandangnya dan juga bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS