Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nyalaan lilin diteruskan...
Diterbitkan:  May 20, 2009 5:54 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Walaupun berdepan dengan risiko ditahan polis, tetapi ia tidak mematahkan semangat aktivis dan ahli politik pembangkang untuk terus mengadakan nyalaan lilin sebagai tanda berkabung 'berkuburnya demokrasi'.

Tidak sampai 24 jam selepas 11 orang ditahan - termasuk dua wakil rakyat DAP - dua lagi nyalaan lilin akan diadakan malam ini dan esok.

dapsy seputeh vigil 190509 07 Mereka yang menyertai nyalaan lilin itu menuntut pembubaran dewan undangan negeri Perak supaya pilihanraya baru diadakan di negeri itu.

Perak dilanda kemelut politik sejak BN mengambil alih pentadbiran negeri itu selepas tiga ADUN Pakatan melompat parti dan menyokong BN.

Malam tadi, polis menahan ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching dan ADUN DAP Terai, Jenice Lee bersama sembilan pekerja parti itu.

Mereka ditahan ketika mengadakan nyalaan lilih di luar pejabat ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok di Kuala Lumpur malam tadi.

Malam ini, nyalaan lilin itu akan diadakan di Sri Kembangan, di luar pusat perkhidmatan Nie Ching.

Manakala malam esok, ia akan diadakan di luar pejabat Jenice Lee di Ampang.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS