Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes kedua Influenza A (HINI) dikesan di P Pinang
Diterbitkan:  May 16, 2009 12:34 PM
Dikemaskini: 4:35 AM

Kes kedua influenza A (HINI) dikesan di Hospital Pulau Pinang semalam.

Ia membabitkan seorang pelajar yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lalu.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Pelajar itu, yang merupakan teman pelajar kes pertama , turut menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH091 dari New York yang tiba di KLIA pada jam 7.15 pagi 13 Mei lepas.

Pelajar mangsa pertama itu - berusia 21 tahun - dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan semalam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS