Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemimpin Hindraf, P Uthayakumar pulang ke rumah ibunya di kampung halamannya di Rasah, Seremban lewat malam tadi dan diberi sambutan seorang hero oleh para penyokongnya.

uthayakumar released from isa detention seremban event 090509 05 Peguam berusia 47 tahun itu, sebelum ini enggan menandatangani dokumen syarat pembebasannya dan bertolak pulang dari Kamunting ke Seremban - perjalanan selama enam jam - dalam konvoi 100 buah kereta dan motosikal.

Dan salah satu syarat pembebasannya ialah tidak boleh menapak kakinya di Seremban.

Dalam perjalanan pulang itu, Uthayakumar berhenti di beberapa tempat - antaranya Rawang, Sungai Buloh dan plaza tol Labu - untuk bertemu para penyokongnya yang datang untuk menyambut kepulangannya.

Beliau tiba di plaza tol Labu, Negeri Sembilan pada kira-kira 9.15 malam dan kemudiannya, setibanya di rumah, Uthayakumar terus memeluk erat ibunya.

Uthayakumar kemudiannya makan kari daging kambing - makanan kegemarannya yang tidak dapat dinikmatikan selama 18 bulan ditahan di bawah ISA di Kem Tahanan Kamunting.

uthayakumar released from isa detention seremban event 090509 08 Uthayakumar berkata, beliau enggan menandatangani syarat-syarat pembebasan tersebut kerana beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Saya tidak menandatangani syarat-syarat tersebut, dan satu daripadanya ialah saya tidak boleh pulang ke Seremban," katanya.

Uthayakumar juga berkata beliau akan berihat selama dua hari dan akan putuskan bila akan berlepas ke London untuk menemui adiknya, Waythamoorthy - pengerusi Hindraf yang telah diharamkan.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS