Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M terima sijil pendaftaran kapal layar 'Apanama'
Diterbitkan:  May 7, 2009 6:06 PM
Dikemaskini: 10:08 AM

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima sijil pendaftaran kapal layar miliknya yang dinamakan "Apanama".

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat yang menyampaikan sijil pendaftaran kapal itu kepada Dr Mahathir berkata, pendaftaran kapal layar ke-100 itu adalah di bawah pendaftaran kapal layar antarabangsa Langkawi.

Kapal layar "Apanama" itu sedang dalam pembinaan oleh syarikat tempatan yang dijangka siap pada September ini, lapor Bernama.

Ong berkata, Dr Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengilhamkan sistem pendaftaran bot antarabangsa semasa beliau menjadi perdana menteri.

Beliau berkata, pendaftaran itu yang dilancarkan pada tahun 2003 mendapat sambutan menggalakkan oleh masyarakat maritim dan kapal layar dalam dan luar negara.

"Kita mensasarkan sebanyak 150 buah kapal layar akan mendaftar pada penghujung tahun ini dan ini termasuk kapal-kapal layar bersaiz mega," katanya.

Katanya ilham Dr Mahathir itu telah menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi kapal layar bertaraf antarabangsa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS