Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekarang ini tidak pasti sama ada menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan berani berdebat dengan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri atau tidak.

Walaupun Datuk Seri Dr Rais Yatim mula mencabar Datuk Zaid Ibrahim untuk berdebat berhubung kenyataan bekas ketua bahagian Umno itu, tetapi beliau sendiri belum menyatakan kesediaannya.

rais yatim and zaid ibrahim "Minta maaf, cerita orang itu (Zaid) bukan dalam sidang media petang ini.

"Kalau tidak, cerita (debat) itu keluar, cerita ini (isu seni) tidak keluar (dilaporkan)," kata Rais di kompleks Finas Hulu Kelang hari ini.

Beliau sebelum ini mengadakan dialog dengan NGO seni budaya berhubung langkah-langkah untuk memajukan industri seni yang dihadiri lebih 100 wakil persatuan.

Pada 24 April lalu, bekas menteri reformasi perundangan itu menyatakan kesediaannya berdebat "di mana-mana, bila-bila masa" sebagai menyahut cabaran Rais sehari sebelumnya.

Menteri berkenaan mendakwa Zaid sering dipetik oleh media asing untuk memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Oleh itu, Rais mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai jika beliau yakin dakwaan terhadap Najib itu benar.

Rais juga dilaporkan pernah berkata, tohmahan yang dikeluarkan oleh media asing terhadap Najib mempunyai tujuan tertentu untuk menjatuhkan beliau atau satu "grand design".

Katanya, perbuatan media itu bukan satu perkara baru kerana mereka pernah menggunakan taktik yang sama tetapi gagal sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui kepimpinan negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS