Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Nik Abduh - anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat - telah ditegur oleh bapanya selepas menulis dalam blognya, menghentam pembantu bapanya dalam isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

younger nik aziz Nik Abdul Aziz telah menghubungi anaknya itu dari Mekah, meminta beliau supaya "memadamkan kekeliruan" dan "jangan membiarkan kekeruhan bertapak lama" berhubung isu itu.

Perkara itu dijelaskan oleh Nik Abduh sendiri catatan blognya semalam. Nik Aziz sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci.

"Saya pastinya tersentak (selepas mendapat panggilan itu). Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. Alhamdulillah, ia mengesankan, walaupun perbualan (itu) hanyalah sekitar dua, tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.

"Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama," coretnya dalam blognya semalam.

"Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu," tulisnya.

nik mohd abduh nik aziz Dalam blognya sebelum ini, Nik Abduh menghentam pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Abdul Hadi.

'Tanya Nik Aziz sendiri'

Sebagai reaksi daripada kenyataan itu, seorang naib presiden PAS, Ahmad Awang dilaporkan berkata, dakwaan Nik Abduh boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pemimpin dan ahli PAS mengenai siapakah yang dimaksudkannya.

ahmad awang Ahmad juga terkejut dengan tulisan Nik Abduh yang dianggap kasar apabila menyifatkan usaha pembantu Nik Aziz tersebut sebagai satu usaha yang 'sesat'.

Mengenai perkara itu, Nik Abduh yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat bagaimanapun masih enggan mendedahkan siapakah pembantu yang dimaksudkannya itu.

"Adapun maksud saya, (mereka) adalah para pembantu yang membantu dalam isu politik. Mereka ramai, mungkin berpuluh-puluh (orang)," coretnya yang juga timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Berhubung isu kerajaan perpaduan bersama BN, bagi mendapatkan tafsiran yang terbaik, Nik Abduh menyarankan media massa dan pembaca blognya supaya bertanyakan hal itu sendiri kepada Nik Aziz.

"Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia (Nik Aziz) sendiri. Saya tidak memerlukan jawapan itu," katanya.

ADS