Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akhirnya meluluskan logi Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berupa lambang 'genggaman tangan' sebelah kiri.

psm with wording logo Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim berkata, pihaknya dimaklumkan oleh SPR mengenai kelulusan itu melalui surat bertarikh 20 April 2009.

Katanya, penggunaan lambang itu diluluskan dalam mesyuarat SPR pada 15 April lalu.

Dr Nasir yang juga ADUN Kota Damansara, Selangor berkata, PSM PSM mengalu-aluk keputusn SPR itu.

"PSM berpendirian bahawa perjuangannyanya yang berterusan dan berani selama 11 tahun, merupakan inti kepada kejayan parti ini," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

PSM telah mendapat pendaftaran di bawah seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 pada 19 Ogos tahun lalu, setelah sepuluh tahun berjuang, termasuk membawa kes itu ke mahkamah.

Bagaimanapun, SPR sebelum ini tidak mahu mendaftar lambang PSM dan antara sebabnya adalah lambang tersebut merupakan simbol kekerasan dan tidak bermoral.

Berikutan iut, PSM telah menghantar memorandum kepada SPR bertarikh 19 Mac lalu, kerana tidak puas hati dengan tindakan SPR itu yang didakwa memberikan alasan yang tidak kukuh untuk mempertikaikan simbol parti itu.

Maksud lambang PSM

psm logo approved by election commission 290409 02 Ditanya mengenai sebab SPR meluluskan penggunaan lambang tersebut Dr Nasir berkata:

"Pada pandangan kami, Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang patut menentukan. Setelah diluluskan (parti), SPR patut melaksanakan (sahaja).

"Apabila timbul masalah ini, kami rasa tercabar dan menulis surat memohon penjelasan. Kalau lambang PSM nampak kekerasan, Umno lebih keras dengan kerisnya.

"Kami percaya dengan memorandum dan bantuan media massa, mereka buat tindakan tertentu."

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy; Setiausaha Agung, S Arutchelvan dan ahli jawatankuasanya, V Selvam.

Mengulas mengenai maksud lambang PSM tersebut, Dr Nasir berkata, ‘genggaman tangan’ itu bermaksud penyatuan dan perpaduan di kalangan rakyat biasa.

"Ia juga simbol kepada kekuatan dan tenaga. Warna putih pula bermaksud kesucian perjuangan dan merah bermakna perjuangan.

"Simbol tangan ini digunakan di seluruh dunia terutama parti-parti yang berunsur sosialis," katanya.

Kongres 29 Mei

Sementara itu, Arutchelvan berkata, dalam pilhanraya umum sebelum ini, parti itu meletakkan calonnya bertanding atas tiket PKR dan meletakkan lambang parti itu bersebelahan lambang PKR.

psm logo approved by election commission 290409 03 Mengenai pilihanraya umum akan datang, Arutchelvan berkata, PSM akan bertanding dengan menggunanakan lambang parti yang telah diluluskan itu.

"Kita akan bertanding di kawasan yang kita buat kerja-kerja akar umbi lebih daripada lima tahun," katanya sambil menambah, parti itu tidak menganggotai Pakatan Rakyat.

Arutchelvan juga berkata, pihaknya akan berbincang dengan ahli PSM seramai kira-kira 10,000 orang dalam satu kongres sekiranya dijemput untuk menyertai Pakatan Rakyat.

"Kita bincang dengan ahli dalam kongres jika ada jemputan Pakatan.

"Kita nak tengok juga program Pakatan, dan bincang dalam kongres," katanya.

Sementara itu, Arutchelvan mengumumkan parti itu akan mengadakan kongres tahunan PSM di Ipoh pada 29 hingga 31 Mei ini.

Katanya, parti itu mempunyai jawatankuasanya di setiap negeri, kecuali di Terengganu dan mempunyai banyak sokongan antaranya di Selangor, Perak, dan Johor.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS