Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tengku Temenggung K'tan hantar 'utusan damai' ke Jakarta

Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Tuanku Ismail Petra telah menghantar "utusan" untuk menemui ibu mertuanya, Daisy Fajarina, di Jakarta bagi mendamaikan hubungan antara kedua belah pihak, kata teman rapat pasangan tersebut, Mohd Soberi Shafii.

manohara odelia pinot indonesia model blog website 230409 Mohd Soberi - yang mengaku kerap bersama pasangan tersebut sejak pertemuan pertama Manoharan Odelia Pinot dengan Tengku Muhammad Fakhry tiga tahun lalu - berkata utusan tersebut berlepas ke Jakarta semalam.

"Beliau pergi jam 2 (petang semalam). Saya rasa ibu Manohara (Daisy) tidak mahu berjumpa. Tetapi kita hantarlah," katanya yang kerap menggunakan slanga Indonesia dalam perbualannya.

Mohd Soberi bersetuju menemui Malaysiakini, sebuah agensi berita Indonesia - Antara - dan sebuah stesyen TV republik itu - TVOne - untuk menceritakan versi beliau mengenai isu sensasi itu. Pertemuan hampir sejam itu berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibunegara petang semalam.

Menurut Mohd Soberi, utusan itu juga diminta terus menjaga kebajikan ibu bekas model terkenal itu dan kakak beliau, Dewi Asih Pinot.

mohd soberi shafii "Istana tidak mahu campur," kata Mohd Sobri bahawa utusan tersebut bukan wakil rasmi Istana Kelantan.

Sehubungan itu, kata Mohd Soberi (foto), penyelesaian konflik pasangan tersebut kini "terpulang" kepada sikap ibu Manohara.

Tarik balik larangan

"(Perkara itu) terpulang kepada Daisy. Kalau (beliau kekal) agresif, masih berdendam, bagaimana (hendak selesai)?" kata Mohd Soberi Shafii.

Daisy sebelum ini mendakwa anaknya itu diculik dan didera kerabat diraja Kelantan itu, yang juga suaminya, dan juga mendakwa pernah didera, termasuk dilukakan di bahagian dada.

Isu itu mendapat perhatian besar, khususnya media Indonesia apabila Daisy tampil membuat kenyataan akhbar, mendesak campurtangan pemerintah republik itu.

Daisy juga berkata, beliau tidak dibenarkan masuk ke Malaysia, yang didakwanya atas arahan Istana Kelantan. Bagaimanapun, pihak imigresen menarik balik larangan tersebut Isnin lalu, atas Kementerian Dalam Negeri (KDN).

manohara odelai pinot mother daisy fajarina 230409 Mohd Sobri juga berkata tidak perlu Duta Besar Indonesia di Malaysia, Dai Bachtiar membuat kunjungan ke Istana Kelantan berhubung perkara itu.

"Itu sudah jadi (hal) kerajaan. Kerajaan hendak masuk istana, kena sebaik-baiknya. Untuk apa (ke istana)? Kalau Pak Bachtiar pergi, tetapi ibu Daisy (foto) terus menghuru-harakan keadaan bagaimana?" soalnya.

Mengenai dakwaaan Daisy bahawa Tengku Temenggung Kelantan itu 'menculik' Manohara selepas selesai mengerjakan umrah, Mohd Soberi menjelaskan, ia berpunca daripada salah faham semata-mata.

"Pemandu di Jeddah tidak tahu. Dia bawa Daisy ke tempat jet (akan berlepas) juga. Itu yang jadi kelam-kabut sikit. Jet bila tutup pintu, tidak boleh buka dah.

Pulang dari Umrah

"Jadi, tertinggalah beliau (Daisy). Itu saja, itu yang beliau kata culik itu," katanya sambil menambah, Daisy sepatutnya pulang menaiki penerbangan lain.

Mohd Sobri berkata, beliau juga berada di situ dan menaiki jet yang sama dengan Tengku Temenggung dan isterinya pulang ke tanahair.

Menurutnya, turut bersama mereka ialah seorang pengawal peribadi suami isteri itu.

"Ejen perlancongan lupa cakap pada pemandu kereta. Sepatutnya (selepas) turun dari hotel, kita ke jet, beliau (Daisy) ke (penerbangan) komersial.

manohara odelia pinot tengku fakhry kelantan selangor fa cup final 280409 "Ibunya tak tahu. Bila ibu tengok anak naik jet, ibu menangis. Tetapi dalam kapal terbang, Manohara telefon beritahu (ibunya) mahu balik Kelantan dan ibu (pulang) ke jakarta," katanya.

Mohd Soberi mendakwa 'ketengangan' antara kedua pihak itu bermula apabila Daisy didakwa menuntut kerabat diraja itu melangsaikan hutangnya.

"Beliau (Daisy) minta supaya Tengku TT (Tengku Temenggung) bayar hutang. Sedangkan TT telah beri RM300,000," kata Mohd Sobri yang mendakwa hutang Daisy berjumlah RM600,000.

"Satu malam beliau bertempik di rumah Tengku TT, tempik macam orang gila. Kenapa tak bagi wang? Anak sudah dikahwini. (Tengku) TT kata hendak bayar, (dan minta) acknowledgement RM300,000 yang telah dibayar sebelum ini," kata Mohd Sobri.

'Berjanji di depan Kaabah'

Selepas itu, katanya, Daisy menerangkan kepada Tengku Temenggung mengenai perbelanjaannya dari wang tersebut.

"Di situ (Daisy) mula marah, kaburkan (bawa pergi) anaknya ke Jakarta," tambah Mohd Soberi.

Diminta menjelaskan keadaan semasa Manohara, beliau berkata, kedua pasangan itu sudah "berjanji dan berbai'ah" sebagai suami isteri daripada dunia sampai akhirat di depan Kaabah.

manohara odelia pinot tengku fakhry kelantan "Saya tanya Mano, masih mahu (bersama Tengku Temenggung)? (Katanya) Kalau tak mahu, saya sudah minta minta cerai. (Tengku) TT adalah lelaki pertama dan terakhir saya. Itulah ucapan Manohara setiap kali saya tanya, berpuluh kali," kata Mohd Soberi.

Beliau juga menjelaskan, Daisy dilarang masuk ke negara ini sebelum ini bagi mengelakkan beliau membuat 'kecoh' di Kelantan, tambahan lagi ketika itu menjelang hari keputeraan Sultan Kelantan Mac tahun lalu.

"Di sana beliau beritahu ejen perlancongan mahu ke Kelantan, suruh Manohara minta cerai. Mahu bawa balik Manohara. Kalau tak, beliau kecohkan hari keputeraan (Sultan). Ibu Daisy ini agresif, beliau tak takut sesiapa," katanya.

Mohd Sobri berkata, pertemuan ibunya dengan gadis berumur 17 tahun itu tidak sesuai diadakan pada masa ini.

"Kalau kita pertemukan (mereka) saat ini, saat beliau marah dan berdendam, beliau nanti menghasut anaknya, (dengan berkata) kamu sayang akukah? Kamu mahu lihat aku matikah? Jadi Manohara tidak boleh stand itu," katanya.

Sementara itu, usaha Malaysiakini beberapa kali untuk menghubungi Daisy bagi mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan Mohd Soberi, setakat ini belum berhasil.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS