Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN masih rampas akhbar PKR, ugut pengedar
Diterbitkan:  Apr 22, 2009 2:38 PM
Dikemaskini: 1:06 PM

dikemaskini Kementerian Dalam Negeri (KDN) didakwa masih merampas akhbar PKR Suara Keadilan dan mengugut pengedarnya walaupun perdana menteri telah menarik balik penggantungannya awal bulan ini.

Pagi ini, seorang pengedarnya mengadu penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran kementerian itu merampas edisi terbaru mingguan tersebut di beberapa premis di Selayang dan Gombak, Selangor.

Edisi 21-28 April memuatkan laporan muka depan kenyataan profesor undang-undang Dr Aziz Bari yang berpendapat sidang DUN Perak bulan depan "tidak sah" kerana tidak mendapat restu Speaker, V Sivakumar.

Ia juga menyiarkan foto pertemuan exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong - yang berdepan dengan penyebaran foto separuhnya bogelnya - dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang juga mursyidul am PAS.

suara keadilan perak cabar spr ke mahkamah perak state challenge ec in court 110209 Sementara seorang lagi pengedar mendakwa menerima aduan daripada beberapa penjual bahawa KDN juga melakukan rampasan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Menurut satu kenyataan Suara Keadilan hari ini, tindakan sama juga dilaporkan di beberapa tempat lain di seluruh negara.

"Dalam rampasan itu, KDN tidak menyatakan alasan secara khusus (alasan tindakannya) melainkan menyatakan bahawa penerbitan Suara Keadilan menyalahi Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (pindaan 1987).

"Beberapa pembaca juga menghubungi pihak kami dan melaporkan para penjual akhbar di Rawang dan Taman Melawati (Ulu Kelang) kini terpaksa menjual Suara Keadilan secara sembunyi-sembunyi (di bawah meja) akibat ugutan daripada KDN," kenyataan sidang pengarang akhbar pembangkang itu dipetik.

"Kami kesal kerana KDN masih melakukan rampasan dan ugutan kepada pengedar kami di seluruh negara."

Usaha menghubungi setiausaha bahagian kawalan penerbitan KDN Che Din Yusuh untuk ulasan lanjut gagal.

Akhbar itu juga mendesak:

bullet button KDN berhenti merampas Suara Keadilan kerana ia mempunyai permit penerbitan dan diterbitkan oleh sebuah parti berdaftar.

bullet button Kementerian menghentikan segala bentuk ugutan terhadap pengedarnya di seluruh negara dan juga syarikat percetakannya.

bullet button KDN tidak menyalahgunakan akta penerbitan secara

sewenang-wenangnya untuk menekan penerbitan parti pembangkang.

bullet button Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memastikan pegawainya mematuhi arahan Datuk Seri Najib Razak untuk membenarkan kebebasan akhbar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS