Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Indonesia digesa campur tangan bebaskan tahanan ISA

Kerajaan Indonesia digesa campur tangan bagi mendesak Malaysia membebaskan lima warganegara republik itu yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 2002, termasuk yang terbaru pada awal Mac.

Gesaan itu dibuat oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dalam satu suratnya kepada kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur pagi ini.

Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata, NGO itu telah membawa isu tersebut kepada pengetahuan kedutaan pada 2007.

gmi isa detainee indonesia embassy  210409 slamet nugroho 03 "Sekali lagi kami mengharapkan kerajaan Indonesia akan campur tangan dalam usaha untuk membebaskan serata membawa tahanan ISA warganegara Indonesia pulang ke sana," katanya.

Surat tersebut diserahkan kepada setiausaha 1 kedutaan, Slamet Nugroho di pejabat kedutaan di Jalan Tun Razak jam 11.55 pagi.

Jumaat lalu, GMI membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung tiga tangkapan terbaru, termasuk Agus Salim yang berasal dari Medan, Indonesia.

Empat lagi warganegara republik itu yang kini sedang meringkuk di kem tahanan Kamunting, Perak: Zainun Rasyid ditahan pada 2002 berhubung Jemaah Islamiah (JI), Mahfudl Saifuddin (JI, 2005), Mulyadi (JI, 2005) dan Ahamad Ghafar Shahril (Darul Islam, 2005).

Bercakap kepada media sejurus menerima surat tersebut, Slamet berkata, kedutaan akan mengenal pasti identiti Agus sama ada beliau warga Indonesia atau tidak sebelum menentukan tindakan seterusnya.

Dalam suratnya, Syed Ibrahim juga menggesa Indonesia mengutuk penahanan lima tahanan itu dan menyiasat keadaan mereka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS