Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tindakan tujuh PAS kawasan di Wilayah Persekutuan (WP) tidak membuat sebarang pencalonan dalam mesyuarat agung masing-masing bagi tiga jawatan utama - presiden, timbalan presiden dan naib presiden bagi menghadapi pemilihan parti itu Jun depan - telah menimbul tandatanya.

Terdapat 12 PAS kawasan dalam WP dan sehingga ini lapan kawasan telah mengadakan mesyuarat agung masing-masing.

pakatan ipoh rally 080209 hadi awang Hanya PAS kawasan Titiwangsa yang menamakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa untuk mempertahankan jawatan presiden dan timbalan presiden.

Ianya juga mencalonkan tiga nama untuk jawatan naib presiden - Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.

Manakala PAS kawasan Bukit Bintang tidak membuat pencalonan bagi jawatan presiden, tetapi mencadangkan calon untuk jawatan timbalan dan naib presiden.

Kawasan itu mencalonkan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden. Ia turut mencalonkan Datuk Husam Musa mengekal jawatan naib presiden bersama dua muka baru, Mohamed Hanipa

Maiden dan Datuk Nik Amar Nik Abdullah - kedua-dua ahli jawatankuasa PAS pusat.

Dan kawasan tersebut juga dijangka membuat kejutan kerana difahamkan ia bakal mencalonkan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat bertanding jawatan presiden.

Ini menguatkan lagi tanggapan bahawa wujudkan penolakan terhadap kepimpinan presiden sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, termasuk di WP, berhubung beberapa tindak tanduk beliau, termasuk cadangan mengadakan kerajaan campuran dengan Umno, yang rata-rata ditolak oleh akar umbi.

Serah pada AJK

Setiausaha Perhubungan Negeri PAS WP, Hedzer Ibrahim memberitahu Malaysiakini, tujuh kawasan yang telah bermesyuarat ialah Bukit Bintang, Cheras, Bandar Tun Razak, Batu, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Seputeh dan Labuan tetapi kesemuanya 'keberatan' menamakan calon untuk jawatan utama tersebut.

Sebaliknya, kesemua kawasan terbabit menyerahkan kepada jawatankuasa masing-masing untuk memutuskan calon-calon terbaik untuk jawatan-jawatan berkenaan.

Perkembangan ini cukup menarik kerana persidangan tahun ini diramal menyaksikan pertembungan lebih sengit dua aliran utama parti itu - pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau "kumpulan Erdogan") - yang mengundang perdebatan hangat sejak muktamar di Ipoh, tahun lalu.

PAS akan mengadakan pemilihan dan muktamar ke-55 awal Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Mesyuarat peringkat kawasan dan tiga sayap utama - Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama - bermula awal bulan dan akan berakhir hujung bulan depan.

Tinjauan Malaysiakini di kalangan beberapa pemimpin di Pahang, Selangor, Kelantan dan Kedah mendapati kumpulan pro-muzakarah akan mengharungi jalan sukar sekiranya berlaku pertandingan bagi jawatan tertinggi parti.

Jadi 'pencetus'

Hedzer berkata, baki lima lagi PAS kawasan di WP - termasuk Putrajaya dan Labuan - dijadual selesai bermesyuarat pada 24 April ini dan kesemua dijangka meneruskan kecenderungan untuk tidak membuat pencalonan bagi jawatan-jawatan yang sama.

Mengenai hasrat PAS Bukit Bintang mencalonkan Nik Aziz bagi jawatan presiden, sseorang pemimpinnya berkata, pihak mahu menjadi "pencetus" kerana terdapat banyak lagi kawasan yang mempunyai hasrat yang sama, tetapi masih "berdiam diri".

Menurutnya, isu "kerajaan campuran Abdul Hadi" merupakan salah satu sebab menteri besar Kelantan itu, diramal meraih populariti untuk dicalonkan bagi jawatan presiden.

nik aziz Menurutnya lagi, hasrat untuk mencalonkan mursyidul am PAS itu juga pertimbangan berdasarkan prestasi tokoh berkenaan.

"Oleh sebab itu, kita tidak mencalonkan (timbalan presiden) Nasharuddin Md Isa (untuk mengekalkan jawatan) kerana dilihat kurang turun berceramah.

"Kami mahu kempimpinan yang tegas. Nik Aziz walaupun lembut, beliau tegas dan tetap pendirian. Mohamad Sabu pula tegas-kasar. Ini adalah gandingan yang mantap," kata pemimpin berkenaan.

ADS