Azilah kemuka rayuan kes Altantuya
Apr 10, 09 6:03pm
Tertuduh pertama kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, Cif Inspektor Azilah Hadri yang dijatuhi hukuman mati semalam memfailkan notis rayuan hari ini.

Peguam J. Kuldeep Kumar mengemukakan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada jam 4.15 petang.

Peguam Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar, tertuduh kedua yang turut dijatuhi hukuman yang sama memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan berbuat demikian (fail rayuan) Isnin ini, lapor Bernama.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yasin memutuskan kedua-dua anggota unit tindakan khas (UTK) itu dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sebelum ini, Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37, dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober tahun lepas, penganalisis politik itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Sementara itu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan Khamis depan untuk menentukan sama ada empat peguam dan tiga aktivis perlu membela diri atau sebaliknya atas tuduhan menyertai perhimpunan haram hampir dua tahun lalu.

Hakim S M Komathy Suppiah menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah penggulungan oleh Timbalabn Pendakwaraya, Raja Rozela Raja Toran dan peguam utama kesemua tertuduh, M. Puravelan.

Kumpulan tersebut menghadapi dua pertuduhan menyertai perhimpunan haram "People's Freedom Walk" di hadapan bangunan Kamdar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, antara jam

Mereka juga didakwa gagal mematuhi arahan polis untuk bersurai.

Mereka juga menghadapi dua tuduhan pilihan iaitu mengambil bahagian dalam sebuah perhimpunan haram dan gagal mematuhi arahan polis untuk bersurai.

Empat peguam tersebut ialah Amer Hamzah Arshad, Latheefa Beebi Koya, N Surendran dan K. Sivarasa manakala tiga aktivis berkenaan ialah Eric Paulsen, Johny Anbu @ Abu Bakar Adnan dan Nooraza Othman.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner