Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ezam Mohd Noor sekali lagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab dakwaannya bahawa ketua umum PKR itu menyimpan enam kotak rahsia yang mempunyai bukti-bukti kukuh membabit kes rasuah pemimpin Umno dan BN.

Sebelum ini, bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK) itu membuat cabaran yang sama terhadap Anwar sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

bukit selambau by election 060409 ezam "Enam kotak itu tidak ada pada saya. Kalau ada, saya buka sekarang. Enam kotak itu ada di tangan Anwar," katanya sambil menunjuk sebuah buku bertajuk Politik Perlembagaan yang ditulis oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari.

Kata Ezam, buku tersebut diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD), satu badan yang dipengerusikan oleh bekas setiausaha akhbar Anwar, Khalid Jaafar.

Ezam menjelaskan dalam buku tersebut, antaranya, terdapat satu artikel yang memetik kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyatakan enam kotak tersebut berada dalam simpanan Anwar.

"Ini mengesahkan ia (enam kotak) berada di tangan Anwar, dan malam ini saya cabar Anwar jawab (perkara ini)," katanya di hadapan kira-kira 90 orang dalam satu ceramah kelompok anjuran Umno Cawangan Flat Paya Nahu dekat Sungai Petani.

Ezam mendakwa, terdapat serangan untuk mencemar dirinya berhubung isu enam kotak rahsia itu, dalam usahanya untuk menentang amalan rasuah.

Basmi rasuah

Beliau juga menempelak Anwar sewaktu ahli parlimen Permatang Pauh itu menjadi pemangku perdana menteri, berhubung penguatkuasaan pencegahan terhadap amalan rasuah.

bukit selambau by election 060409 ezam crowd Katanya, Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah pimpinan mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi kuasa yang lebih kepada badan tersebut untuk melawan rasuah.

"Calon yang bertanding (pemilihan parti), ada kes tak boleh bertanding. Masa Anwar tak ada. Masa dulu ada kuasa, hang (kamu) buat apa, hang bodek saja," katanya.

Dalam ceramah itu juga, Ezam juga mendakwa bekas bosnya mengamalkan politik yang tidak jujur.

"Dengan PAS dia cakap lain, dengan DAP dia cerita lain," katanya dengan memberi contoh perbincangan Anwar dengan kedua-dua parti tersebut berhubung isu negara Islam.

"Kalau negara dibina dengan cara macam ini, negara akan hancur," tambahnya.

'Pendedahan besar'

Beliau turut mendakwa Anwar menipu pengundi di Bukit Selambau berhubung "pendedahan besar" yang didakwa "ada kena-mengena" dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Semalam (kelmarin) habuk pun tak ada. Kena bohong lagi," katanya sambil mengingatkan hadirin berhubung kenyataan Anwar mengenai usaha menumbangkan kerajaan BN pada 16 September lalu yang tidak menjadi kenyataan.

Sementara itu, di kawasan yang sama terdapat satu ceramah kelompok anjuran AMK yang dihadiri oleh ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin.

Ceramah tersebut berlangsung kira-kira 40 meter dari tempat ceramah Ezam.

bukit selambau by election 060409 fru Kira-kira 20 anggota polis termasuk 10 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di kawasan tersebut.

Dalam ceramahnya, Shamsul Iskandar menyifatkan tindakan Najib membebaskan 13 tahanan ISA sebagai "satu tindakan biasa" kepada hampir pemimpin yang pernah menjadi perdana menteri.

"Apa nak hairan ... Najib mengambil pendekatan reaktif bukan berdasarkan prinsip. Akan ada lagi tangkapan selepas ini," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS