Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Serah kuasa: PM, Najib jumpa Agong
Diterbitkan:  Apr 2, 2009 10:00 AM
Dikemaskini: Apr 3, 2009 2:06 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini untuk menyerahkan surat peletakan jawatan mengikut pelan peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

pak lah istana negara meet agung on final day 020409 01 Abdullah tiba di Istana Negara pada jam 10 pagi untuk menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Seri Paduka dilihat tiba di istana 10 minit lebih awal. Pada jam 10.50 pagi, Abdullah masih berada di dalam Istana Negara.

Seorang pegawai kerajaan berkata Abdullah "akan memaklumkan kepada Seri Paduka hasratnya untuk meletakkan jawatan serta memaklum bahawa Najib sudah bersedia untuk memegang jawatan perdana menteri".

"Terserah kepada Tuanku," kata Abdullah kepada pemberita selepas majlis hampir satu jam itu.

Sebelum itu, Abdullah tiba dengan menaiki Proton Perdana rasminya abdullah istana negara meet agung on final day 020409 03 bernombor WCH 13 dan meninggalkan kawasan istana satu jam kemudian sambil melambai-lambai ke arah sekumpulan 70 petugas media termasuk wartawan asing yang berkumpul di situ sejak 7.30 pagi.

Ia juga menarik perhatian pelancong asing yang turut berada di situ.

Najib sebelum ini memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengangkat sumpah bagi memenuhi pelan penyerahan kuasa ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum tahun lalu.

Abdullah pula akan menghadiri satu majlis di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, dipercayai majlis perpisahan untuknya pada jam 3 petang ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Najib pula tiba di Istana Negara untuk menghadap Seri Paduka kira-kira setengah jam selepas Abdullah meninggalkan istana.

pak lah istana negara meet agung on final day 020409 02 najib Selepas mengadakan pertemuan dengan Seri Paduka kira-kira 45 minit, Najib meninggalkan istana tanpa mengambil sebarang soalan daripada pemberita mengenai pertemuan empat mata mereka.

"Terima kasih," katanya sambil tersenyum meninggalkan perkarangan istana dengan menaiki kenderaan Proton Perdana bernombor WRP 11 kira-kira 12.15 tengah hari, sambil melambai-lambai ke arah media.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini berkata Yang di-Pertuan Agong perkenan pelantikan Najib sebagai perdana menteri yang baru.

Kenyataan itu, yang kedua sejak semalam, dipercayai dikeluarkan ekoran tersebarnya khabar angin bahawa Seri Paduka tidak memperkenankan Najib dilantik sebagai perdana menteri.

RTM juga akan menyiarkan secara langsung istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan serta sumpah rahsia Najib sebagai perdana menteri dari Istana Negara pagi esok.

Baca berita penuh

ADS