Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Politik selesaikan konflik, bukan tentera
Diterbitkan:  Mar 31, 2009 11:02 AM
Dikemaskini: 4:29 AM

Penyelesaian politik dan ruang budaya harus diberi keutamaan daripada operasi tentera dalam menyelesaikan konflik di selatan

Thailand, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mantan timbalan perdana menteri berkata ketika campur tangan tentera perlu dalam hal tertentu, penyelesaian jangka panjang tetap terletak pada cara kerajaan Thai melayani dan mengurus masyarakat setempat, lapor Bernama .

"Pendirian saya ialah cara politik dapat menyelesaikan masalah. Biarlah tentera kembali ke berek, biarkan orang-orang Islam dan Buddha mengusahakan penyelesaian...

"Beberapa orang pegawai kerajaan yang saya temui mengakui mereka perlu membina keyakinan," ketua pembangkang Malaysia dipetik berkata selepas berceramah 'Krisis Ekonomi Global dan Masa depan Asean' di Universiti Chulalongkorn, Bangkok.

Anwar berkata kerajaan Malaysia dapat membantu Thailand mencari jalan menamatkan konflik dan menambah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat antara tokoh berpengaruh yang dapat membantu.

Tambahnya, Thailand harus membenarkan masyarakat majoriti Islam yang bertutur bahasa Melayu terus mengamalkan agama dan kepercayaan sosio-budaya mereka, sama seperti kebebasan masyarakat Cina dan India di Malaysia.

"Pihak berkuasa mestilah menyelesaikan isu kemiskinan dan

peminggiran... mesti ada 'road map' (pelan damai) dan 'time frame' (tempoh)," katanya seperti dilapor agensi berita itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS