Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dalam kesibukan kempen tiga pilihanraya kecil sekarang, timbul kebimbangan di kalangan penyokong dua bekas calon ketua Pemuda Umno kemungkinan mereka bakal dipinggirkan oleh kumpulan ketua baru pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

Dalam persaingan bagi jawatan ketua Pemuda Umno minggu lalu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memperolehi undi kedua terbanyak (254), mengatasi seorang lagi calon Datuk Mukhriz Mahathir (232).

umno agm scuffle 250309 mukhriz supporters Khairy menang dengan mendapat 304 undi.

Kemenangannya itu disambut dengan bantahan "boo" para perwakilan di perhimpunan Umno dan jeritan "rasuah" para penyokong dua calon yang tewas (foto atas) .

Susulan reaksi negatif tersebut, tindakan Pemuda Umno Selangor – dianggap penyokong kuat Dr Mohamad Khir – menghantar jentera kecil ke Bukit Gantang menimbulkan tanda tanya sama ada rasa marah terhadap Khairy belum reda.

Difahamkan, hanya sembilan daripada 22 bahagian pergerakan Pemuda dari Selangor dihantar membantu kempen calon Umno, Ismail Saffian, di kawasan parlimen tersebut.

bukit gantang nomination day bn vip side 290309 01 Calon BN itu berdepan calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan Rakyat, dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris pada 7 April ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini , ketua Pemuda Selangor, Shukor Idrus menjelaskan, mereka menghantar jentera dalam jumlah kecil kerana "kempen menggunakan jentera tempatan (Umno negeri) lebih berkesan".

"Kita tidak mahu menang sorak kampung tergadai. Jentera kita (Selangor) akan bertugas memantau terus di peti-peti undi," katanya, sambil menambah jenteranya memberikan lebih tumpuan merampas kerusi yang dimenangi PAS dalam pilihanraya umum lalu.

Diketuai Pemuda Umno Kuala Selangor, tambahnya, Pemuda negeri itu menghantar 36 ahlinya – atau empat wakil dari setiap bahagian – bagi bekerjasama dengan ahli akar umbi Umno di Perak.

Diminta mengulas rasa tidak berpuas hati penyokong Dr Mohamad Khir dan Mukhriz, beliau mengakui terdapat penyokong dua bekas calon itu yang masih “baran” tetapi, tambahnya, keadaan sudah beransur-ansur pulih.

bukit gantang nomination day umno vips ali rustam khir toyo mat taib 290309 01 "Kita harapkan KJ (Khairy) dan penyokongnya tidak melabelkan penyokong Dr Khir dan Mukhriz. KJ, kita yakin beliau (pemimpin) matang, tetapi penyokong beliau kena matang juga.

"KJ kena nasihatkan penyokongnya,” kata Shukor, juga wakil rakyat Kuang.

Sementara exco baru Pemuda Umno, Lokman Noor Adam berkata, ketidakpuasan segelintir ahli pergerakan itu terhadap Khairy merupakan "fitrah manusia".

Bagaimanapun, katanya, apabila exco Pemuda bermesyuarat sehari selepas Khairy terpilih, mereka semua sepakat memberikan sokongan kepada kepimpinannya dan rasa tidak puas hati itu akan reda dengan sendirinya.

"Apabila yang di atas tidak ada masalah. Yang di bawah akan ikut," katanya, bekas setiausaha Pemuda PKR (dulu dikenali Parti Keadilan Nasional).

bukit gantang nomination day bn vip side 290309 04 Lokman menjelaskan, kesediaan jentera pergerakan itu, setakat ini, di Bukit Gantang kira-kira 70 peratus.

Katanya, perkara itu disebabkan suasana pilihanraya kecil yang masuk hari kedua masih perlahan. Beliau percaya ia akan bertambah dari masa ke semasa.

Mengulas strategi kempen Pemuda Umno, beliau berkata, pergerakan itu cuba mengikis ahli Pemuda dengan "imej (mat) motor dan poster", sebaliknya turut melibatkan mereka dalam pelbagai jenis kempen.

"Kita percaya orang muda ada idea-idea baru yang juga boleh disumbangkan melalui pelbagai cara, seperti kempen menggunakan mulitimedia dan SMS," katanya, yang kini sedang berkempen di kawasan parlimen itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS