Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyalahkan Pakatan Rakyat sebagai salah satu punca kekalahannya dalam persaingan merebut jawatan ketua Pemuda Umno Rabu lalu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini - tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno -Dr Mohd Khir berkata kerajaan siasatan Pakatan Rakyat Selangor terhadap isu Balkis telah mempengaruhi pengundian perwakilan.

umno 59 agm 2009 wanita puteri youth opening 250309 09 Bagaimanapun, bekas menteri besar Selangor itu bertegas bahawa beliau tidak bersalah kerana siasatan pihak polis mendapati beliau dan pertubuhan tersebut, tidak melakukan sebarang kesalahan.

Kontroversi membabitkan Balkis tercetus apabila dilaporkan dana miliknya dipindah ke akaun lain apabila Selangor jatuh ke tangan Pakatan dalam pilihanraya umum 8 Mac 2008.

Bekas presiden Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik, yang juga isteri Dr Mohd Khir, dilaporkan telah mengadakan mesyuarat tergempar pada 11 Mac tahun lalu untuk membubarkan pertubuhan itu dan menutup akaunnya sehari kemudiannya.

Siasatan awam kemudiannya diadakan untuk menyiasat perkara itu tetapi Dr Mohd Khir hari ini berkata, adalah tidak masuk akal bagi kerajaan Selangor mengadakan siasatan tersebut, sedangkan tiada seorang daripada mereka merupakan 'penyiasat terlatuh'.

"Mereka hanya membazirkan masa. Mereka tidak menumpukan perhatian untuk mentadbir negeri itu, walaupun sudah setahun mereka mengambil alih pentadbirannya," tambahnya.

Baca berita penuh

ADS