Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib umum kabinet baru April ini
Diterbitkan:  Mar 24, 2009 4:21 PM
Dikemaskini: Mar 25, 2009 3:16 AM

Datuk Seri Najib Razak bakal menawarkan reformasi termasuk membanteras rasuah melalui rombakan kabinetnya yang akan diumumkan selepas pilihanraya kecil 7 April ini.

Beliau akan menyampaikan ucapan kebangsaan selepas dilantik sebagai perdana menteri tidak lama selepas disahkan sebagai presiden Umno dalam perhimpunan agung parti minggu ini.

Dalam ucapan itu, Najib dijangka menggariskan agenda-agenda reformasi khususnya pencegahan rasuah dan perpaduan bangsa, kata setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam taklimat media di Putrajaya hari ini.

Beliau menasihatkan media, khususnya yang berbahasa Cina, agar tidak melaporkan isu-isu sensitif yang dibangkitkan para perwakilan Umno, sebaliknya mengetengahkan ucapan pemimpin atasan parti.

Bakal perdana menteri itu dijangka mendedahkan intipati wawasannya dalam ucapan perasmian tiga sayap utama - Wanita, Pemuda dan Puteri - di Dewan Merdeka PWTC selepas jam 8 malam ini.

Ucapannya dijangka menyentuh isu-isu, antaranya sistem kuota dalam pencalonan Umno, pendidikan politik, mendekati golongan menengah bawah di kota dan menguasai siber.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS