Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Plak 'pokok demokrasi' dipecahkan
Diterbitkan:  Mar 13, 2009 11:56 AM
Dikemaskini: 7:13 AM

Tidak sampai lima hari selepas dipasang, plak bagi mengingati 'pokok demokrasi' di Perak menjadi mangsa perbuatan khianat.

pokok demokrasi democracy tree vandalised 130309 Tiga penjuru plak marmar itu - yang menceritakan mengenai sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 24 Februari lalu terpaksa diadakan di bawah pokok Angsana tersebut - telah dipecah.

Bagaimanapun bahagian utama plak tersebut yang menceritakan sidang DUN yang bersejarah tersebut tidak dirosakkan.

Edisi dalam talian China Press melaporkan bahawa tempat tersebut kini menjadi tumpuan orang ramai apabila mengetahui mengenai kejadian tersebut.

Speaker DUN V Sivakumar, yang turut ke situ pagi tadi, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai "tidak bermoral".

Sementara itu, exco Pakatan, Ngeh Kor Ming berkata, Pakatan akan lancarkan kempen - seorang RM1 - untuk membina tugu baru yang mengandungi empat bahasa.

"Ini kerana ramai pelancong datang untuk melawat pokok demokrasi tersebut, menjadikannya tempat tarikan pelancongan terbaru.

"Pagi ini, tiga orang pelancong luar negara dari California, Australia dan Jerman, yang melawat tempat tersebut," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS