-    +  
Adjust font size:
Gabem bukan untuk Melayu?
Sazali Mohd Noor | Jul 22, 08 8:15pm
Rakyat Malaysia diharap tidak tertipu dengan sebarang perancangan, sama ada pelan 'A' atau pelan 'B' atau apa-apa pelan yang diberi nama "Melayu" oleh Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem).
 
Apa-apa program badan bukan kerajaaan tersebut bukanlah program yang real untuk ekonomi orang Melayu, tetapi hanya program kempen Tan Sri Rahim Tamby Chik yang telah menawarkan diri bagi merebut jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti akhir tahun ini.

Sekali gus pelancaran apa-apa pelan Gabem menjadi satu platform yang akan mengukuhkan presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana beliau sendiri penaung badan tersebut.

Gabem sebenarnya bukanlah satu badan yang memperjuangkan orang Melayu tetapi ia lebih merupakan ‘kenderaan’ yang akan menguntungkan ahli-ahli Umno sahaja.

Kenyataan ini  satu fakta yang diperolehi melalui laman rasmi badan NGO itu, yang menyatakan dengan jelas bahawa Gabem adalah satu sayap Umno.

Justeru itu, Gabem hanya akan memberikan faedah kepada kira-kira dua juta orang Melayu yang menjadi ahli Umno, namun meminggirkan lebih 11 juta orang Melayu lain yang tidak menyertai parti itu.

Oleh yang demikian, Rahim tidak layak sama sekali memimpin apa-apa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sama ada Umno atau orang Melayu kerana beliau seorang yang pernah disiasat bermasalah ketika memimpin kerajaan Melaka.

Mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah melaporkan kepada polis dakwaan salah guna kuasa terhadap Rahim pada 20 Ogos 1999.

Kertas pertuduhan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara yang disahkan oleh timbalan pendakwaraya waktu itu (sekarang peguam negara) Abdul Gani Patail bertarikh 10 Jun 1994 menyatakan bahawa terdapat kes prima facie rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap Rahim.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner