Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Insiden penyanyi rock dibelasah di perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di stadium Kelana Jaya, Ahad lalu, menjadi satu lagi sebab mengapa parti-parti pembangkang tidak harus bersekongkol dengan PAS dan pengikut-pengikutnya.

Terlebih dahulu, perlu dijelaskan bahawa saya sendiri tidak bersetuju dengan perbuatan dan gaya penyanyi kumpulan tersebut.

Tetapi atas nama demokrasi dan hak asasi, saya menerima hak mereka menyatakan perasaan mereka dengan cara mereka.

Bahawa cara mereka itu kurang sesuai di perhimpunan seperti itu menjadi isu lain.

Saya akan tetap bertindak membantah kepada pihak penganjur tetapi dengan cara "bertamadun", bukan dengan cara yang ditunjukkan penyokong-penyokong PAS yang memalukan itu.

Tindakan liar penonton membaling botol air mineral dan barang- barang lain ke pentas dan mengepung dan mencederakan penyanyi tersebut lebih menjijikkan daripada tindakan penyanyi tersebut menunjukkan dan menggoyangkan pinggulnya kepada penonton.

Syabas kepada petugas-petugas PKR yang - walaupun ada antara mereka yang turut meluat dengan persembahan kumpulan muzik indie itu - telah berusaha melindungi pemuzik-pemuzik tersebut daripada ancaman penonton yang liar.

Untuk berlaku adil, syabas juga kepada penyokong PAS yang berbaju merah yang cuba mententeramkan rakan-rakan mereka yang telah "naik angin".

Sememangnya Islam PAS tidak faham budaya " protest carnival " seperti juga mereka tidak faham erti demokrasi.

ADS