Makkal Osai: Bukti BN angkuh
M Sivaranjani Apr 18, 08 6:17pm
Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memperbaharui permit penerbitan akhbar berbahas aTamil, Makkal Osai.

Tindakan ini bukan sahaja menghakis kebebasan media di negara ini, malah menunjukkan keangkuhan Barisan Nasional walaupun rakyat telah memberi pengajaran dalam pilihanraya umum lepas.

Walaupun tiada alasan rasmi diberikan, pada hari ini Menteri Dalam Negeri dilaporkan mengatakan bahawa KDN telah banyak menerima aduan mengenai isi kandungan akhbar tersebut yang kononya tidak sensitif terhadap masyarakat negara ini.

Pengharaman ini bukan kali pertama Makkal Osai dianiaya oleh kerajaan BN. Pada Ogos tahun lalu, pernah sekali akhbar ini digantung penerbitannya selama sebulan.

Akhbar Makkal Osai, salah satu akhbar Tamil yang mendedah kepincangan dalam kerajaan Barisan Nasional terutamanya MIC.

Ia juga sering memberi liputan kepada isu-isu masyarakat seperti pekerja ladang, kilang dan juga isu kaum India seperti Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).

Ramai yang berpendapat lesen Makkal Osai tidak diperbaharui kerana ia memberi liputan untuk parti-parti Pakatan Rakyat dan lima pemimpin Hindraf yang ditahan menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bukankah media mempunyai kebebasan untuk menulis apa yang sebenarnnya berlaku dan memberi maklumat yang betul kepada rakyat?

Media ini hanya melaporkan apa yang berlaku dalam negara kepada pembaca.

Jika benar ada ramai pihak yang membuat aduan terhadap Makkal Osai, Jerit mencabar Menteri Dalam Negeri untuk mendedahkan siapakah si pengadu tersebut dan apakah aduan yang dibuat.

Makkal Osai bukan satu-satu media yang menghadapi tekanan sebegini. Banyak media yang pernah menjadi mangsa Akta Penerbitan dan Percetakan 1984 (Pindaan 1987) yang memaksa mereka memperbaharui permit penerbitan setiap tahun.

Akhbar Harakah yang menjadi popular semasa era Reformasi 1998-1999 dikenakan sekatan dan pengeluarannya dihadkan kepada dua kali sebulan (daripada dua kali seminggu) mulai awal 2000.

Malah akhbar dalam talian seperti Malaysiakini.com yang tidak tertakluk kepada akta penerbitan juga pernah mengalami tekanan apabila mendedahkan kepincangan dalam pihak kerajaan.

Oleh itu Jerit menggesa pihak kerajaan untuk memperbaharui segera permit Makkal Osai dan juga memansuhkan Akta Penerbitan dan Percetakan 1984 jika benar-benar mahu menjadi sebuah kerajaan yang telus dan bertanggungjawab serta mendukung kebebasan media.


M Sivaranjani adalah jurucakap Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit)
Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner