Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya ingin membuat aduan terhadap pegawai polis No: ID 150915 (Shahril) yang bertugas di tempat Persiaran Selangor pada jam10:30 pagi pada tarikh 7 Jan.

Pengawai polis tersebut telah menyaman saya kerana kesalahan lampu belakang tidak berfungsi. Namun saya akur kerana kecuaian saya tidak memeriksa lampu belakang tersebut, tetapi pegawai polis terbabit telah mengeluarkan kata kata yang merendahkan diri saya dan juga ugutan seperti ‘Heh! Itulah kau berpendidikan tinggi sangat’ dengan nada yang merendahkan maruah seseorang.

‘Kau bawa apa? Ada surat bawa barang? Kau ni macam mencuriga saja’. Saya sungguh terkilan terhadap kata kata pengawai polis tersebut yang memeriksa seluruh kereta saya, tetapi tidak ada apa yang saya bawa dalam kereta.

Pegawai polis itu juga berkata: ‘Kau ni macam pening (di bawah pengaruh dadah). Kau ni macam ada masalah, kau nak aku tahan kau? Aku bawa kau balik balik test air kencing’.

Pada ketika itu saya terasa diugut oleh pegawai polis berkenaan kerana saya baru saja pulang dari sebuah kilang yang berdekat dan bertugas sebagai juruteknik komputer. Bagaimanapun, pegawai polis tersebut tidak menahan saya untuk menguji air kencing. Saya telah meminta pegawai polis tersebut memberi peluang atas budi bicara beliau.

Akan tetapi pegawai polis tersebut tidak menghiraukan dan masih berkata yang merendahkan diri saya seperti ‘Heh! Itulah kau berpendidikan tinggi sangat’ berulang kali. Saya merasa sungguh terkilan dan mengalami tekanan emosi dengan kata kata pegawai polis tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS