Alangkah mengecewanya apabila terhurainya statistik bahawa pendapatan anak-anak Kedah adalah yang paling rendah di Malaysia.
Sila bayangkan perasaan anak anak Kedah, sedangkan kedua-dua pemimpin yang paling penting dalam sejarah Malaysia, iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir Mohamad berasal dari negeri pengeluar padi ini.
Nyata sekali, banyak kilang di kawasan-kawasan perindustrian di negeri Kedah ditutup dan enggan mengembangkan operasi atas sebab sebab tertentu, kononnya di Sungai Petani, pelabur-pelabuar Taiwan tidak memberi sokongan yang sewajarnya.
Apa yang penting sekarang bukannya siapa yang lebih berjaya, tetapi peluang pekerjaan dan projek projek pembangunan.
Kami, penghuni penghuni Sungai Petani, amatlah berharap kerajaan Barisan tidak mengabaikan negeri yang kian lama di bawah naungannya.
Ia diharap dapat memberi galakan kepada para pelabur, biarpun Cina, untuk berniaga dan mendirikan kilang kilang dan tapak tapak pengeluaran mereka.