Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pada zaman dahulu, adalah satu perkara biasa jika sesebuah negara menyerang negara lain sebagai satu cara untuk menguasai kekayaan dan memperluaskan wilayah. Banyaklah rakyat yang tidak berdosa terbunuh dan sengsara apabila berlaku peperangan.

Tetapi pada zaman sekarang yang lebih bertamadun ini, tentulah tidak wajar kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku antara kita. Kalau berlaku pertengkaran antara kita yang menyebabkan masing masing tidak puas hati, ada makamah untuk menyelesaikan perselisihan kita itu.

Negara yang menyerang negara lain hendaklah dianggap melakukan jenayah. Mana mana negara yang memulakan peperangan, mestilah dihukum kerana telah melakukan jenayah. Dan negara yang diserang pula wajib untuk membalas serangan tersebut sebagai mempertahankan negaranya.

Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) sepatutnya memainkan peranan penting dan harus diberi mandat untuk menjadi makamah dunia jika berlaku perselisihan faham antara negara negara anggotanya.

Malah PBB juga harus ada kuasa untuk menghukum negara negara yang melakukan jenayah perang ini.

Sekalipun Presiden Bush dan Perdana Menteri Tony Blair ada alasan kuat untuk menyerang Iraq, namun di zaman manusia yang lebih bertamadun ini, kita tidak boleh menerima sebuah negara menyerang mana mana negara lain.

Kita sokong usaha mereka untuk memerangi keganasan tetapi bukan dengan cara memerangi negara lain. Kesalahan mereka bukan kerana memerangi keganasan tetapi kerana menyerang negara Iraq. Jenayah perang harus menerima hukuman.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS