Rakyat dinasihati supaya terima kenyataan, ubah cara hidup, ubah cara perbelanjaan dan berjimat cermat. Tetapi, siapakah yang akan menasihati kerajaan supaya jangan bermewah-mewah?
Adakah munasabah hanya rakyat saja yang mesti ubah cara perbelanjaan dan berjimat cermat tetapi kerajaan tidak perlu ubah semua ini? Adakah munasabah kerajaan membina komplek sukan yang bernilai setengah billion di London? Wajarkah dibina projek bernilai setengah billion ini hanyalah untuk sekumpulan atelit dan bukan untuk semua rakyat Malaysia?
Sudah berapa juta ringgit telah dibazirkan untuk sukan negara dan pernahkah rakyat melihat apa-apa kejayaan yang sangat besar di arena sukan negara? Bukankah lebih wajar jika kerajaan guna wang rakyat untuk pemulihan ekonomi negara?
Mengapakah wang rakyat dilaburkan di projek yang tidak membawa keuntungan dan faedah kepada rakyat? Bukankah ini akan memperburukkan lagi ekonomi negara yang sekarang masih lagi belum stabil?
Kerajaan patut membina projek yang mempunyai masa depan cerah dan faedah kepada semua rakyat. Adalah tidak wajar jikalau projek yang bernilai setengah billion ringit dilaburkan di luar negara dan bukan di Malaysia.
Bukankah lebih baik jika kerajaan menggunakan wang rakyat untuk membaik pulih sistem pengangkutan, membina universiti tempatan yang baru dan sebagainya. Kerajaan harus mangkaji semula projek kompleks sukan di London kerana jumlah perbelanjaannya adalah besar dan ia hanya memberi faedah kepada sekumpulan atelit sahaja.