Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Merasa terkejut mendengar ceramah umum Datuk Paduka Ibrahim Ali minggu lepas di Kota Bharu, Kelantan yang bertajukkan 'Minyak naik, AP siapa punya angkara?'

Dari apa yang diperkatakan oleh Ibrahim Ali itu, adalah jelas melambangkan beliau ini adalah seseorang yang ketinggalan zaman. Dimana beliau secara angkuh menyatakan bahawa beliau adalah 'sifu politik Kelantan'. Bagi mereka yang mendengar ceramahnya, jelas membuktikan bahawa beliau ini mempunyai sifat perkauman.

Dimana didalam ceramahnya itu membangkitkan isu-isu 13 Mei dan juga Ketuanan Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu. Semua ini adalah platform Umno/Barisan Nasional untuk melaga-lagakan rakyat. Mengapa orang seperti Ibrahim Ali ini boleh berceramah di pentas PAS dan PKR?

Dari apa yang difahami, PAS dan PKR ini jelas menolak sifat perkauman. Yang diperkatakan oleh Ibrahim Ali itu adalah isu-isu lapuk dan telah diperkatakan pada tahun 70-an dahulu dan tidak relevan dengan politik baru yang diperjuangkan oleh Barisan Alternatif.

Ketuanan Melayu, hak keistimewaan orang Melayu bukan diperjuangkan oleh Barisan Alternatif. Tetapi hak demokrasi penyatuan seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama yang kita laungkan.

Jikalaulah PAS dan PKR masih berkerjasama dengan Ibrahim Ali, nescaya perubahan yang ingin kita lihat daripada barisan pembangkang akan berada di takuk lama malah lebih menguntungkan Umno.

Beliau secara jelas menyatakan bahawa Umno itu baik tetapi mereka-mereka di dalam Umno itulah yang merosakkan Umno terutamanya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang secara jelas 'menyembelih' beliau daripada arena politik tanahair apabila beliau digugurkan daripada Umno pada pilihanraya yang lepas. Jadi sebelum ini, beliau menghalalkan semua yang dibuat oleh perdana menteri terdahulunya?

Untuk memberi kesedaran yang berterusan kepada rakyat, diminta PAS dan PKR meneliti terlebih dahlu penceramah-penceramah undangan supaya persepsi rakyat terhadap barisan pembangkang tidak terhakis.

Kita juga mesti meneliti latarbelakang Ibrahim Ali ini mungkin beliau ini adalah salah satu umpan untuk memusnahkan barisan pembangkang. Kita tahu bahawa Umno tidak memerlukan orang seperti ini, tetapi kita sebagai sebuah barisan pembangkang yang mempelopori 'Politik Baru' cuba jangan mendekati orang seperti Ibrahim Ali ini yang bersifat feudal dan perkauman.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS