Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah berakhir. Nagaimanapun, pelbagai skandal seperti politik wang, isu dakwat kekal, kelemahan persempadanan kawasan, masalah pendaftaran pengundi dan layanan buruk pada PACABA berlaku.
Tanpa mengira benar atau salah, keadaan ini sememangnya telah mempersoalkan kredibiliti PRU13 dan menjejaskan imej negara dan kerajaan kita.
Pilihan raya amat penting untuk memperdengar suara rakyat dan memberi hak kepada mereka untuk memilih kerajaan yang diingini.
Parti- parti politik seharusnya berhak untuk bersaing secara adil supaya pemantauan kepada kerajaan dan kemajuan negara dijamin.
Oleh itu, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab untuk memastikan kesaksamaan dan keadilan pilihan raya, selain menjaga hak perlembagaan rakyat.
Tuntasnya, kami menyeru agar kerajaan dan SPR menjalankan siasatan secara menyeluruh kepada pelbagai dakwaan skandal bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada pilihan raya kali ini.
Sekiranya terdapat sebarang kelemahan atau masalah, biarlah ia diatasi.
Langkah-langkah pembaikan yang dapat dijalankan termasuk pendirian SPR yang lebih bebas, pendaftaran pengundi yang lebih tulus, peluang yang sama diberi kepada parti pemerintah dan pembangkang untuk mempromosi melalui media massa dan penolakan politik wang.
Kami amat berharap kerajaan dapat menangani dakwaan skandal ini secepat mungkin.
Demokrasi yang sebenar dapat membuktikan bahawa kerajaan yang dipilih adalah cerminan suara rakyat Malaysia.
Dan dengan ini, rakyat dapat menyokong dan bersatu padu untuk maju bersama kerajaan bagi menghadapi masa depan yang gemilang!
Pandangan ini dikongsi oleh Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Sains Malaysia, National University of Malaysia Chinese Community Council (UKM CCC) dan Northern University of Malaysia Student Progressive Front (UUM SPF). Artikel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.