Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seperti yang semua sedia maklum, pindaan kepada Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 telah menerima banyak tentangan dari pelbagai sudut masyarakat, termasuk dari ahli-ahli parlimen BN sendiri.

Pindaan ini akan meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan.

Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, walaupun komen dan artikel itu ditulis oleh pihak lain.

Pembekal perkhidmatan tanpa wayar (Wi-Fi) juga akan dikenakan tindakan sekiranya ada pihak yang menyalah guna perkhidmatan tersebut.

Sekiranya rangkaian Wi-Fi rumah anda dicuri, bawah pindaan ini anda dipertanggungjawabkan.

Dan jika ada sesiapa yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel mengguna nama anda, pindaan ini akan menganggap anda pemilik sebenar akaun tersebut.

Oleh itu, PKR menggesa kerajaan untuk menarik balik pindaan 114A Akta Keterangan 1950 dalam sesi Parlimen yang akan datang.

PKR turut menggesa setiap anggotanya untuk turut serta dalam protes ini dengan menukar "avatar" atau gambar Facebook, Twitter, dan lain-lain dengan logo #STOP114A.

Dan bagi yang mempunyai laman web untuk memasukkan kod "pop-up" #STOP114A yang disediakan.

Semoga keadilan bagi semua pengguna Internet terjamin demi seluruh rakyat Malaysia.


SIM TZE TZIN anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak dan timbalan ketua penerangan PKR.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS