Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Semasa saya menulis ini, Datuk Seri Anwar dan isteri sedang menjadi tetamu kepada dua pemimpin Islam tersohor di dunia, Sheikh Yusuf Al-Qardawi dan juga Khalid Mish'al di Doha, Qatar.

Sheikh Yusuf adalah ulamak terkemuka dan juga ulamak buat Ihwanul Muslimin. Khalid Mish'al pula adalah pejuang dan pemimpin Hamas, organisasi yang memerintah Gaza dan dilabel kontroversi kerana dicop organisasi teroris olih Amerika dan Israel.

Tetapi, dengan taktik yang baru, di mana Khalid telah mula berlembut dengan bersetuju akan 'resolusi 2 negara' ( 2 state solution ), maka kebarangkali  usaha untuk mendapatkan keamanan di rantau itu adalah amat besar.

Dalam tempoh seminggu sahaja, Anwar telah pun menemui pemimpin-pemimpin dunia Islam dalam rangka mengiratkan persaudaraan seperti Perdana Menter Recep Tayyip Erdogan dan kabinet beliau, Ketua Bank Pembangunan Islam, Dr Ahmad Muhammad Ali, pendokong tegar Palestin, Sheikh Abdul Qadir,warga negara Saudi, Imam Masjid di Mekah, pemimpin masyarakat Islam setempat, Sheikh Kabbali, A Gafur Amin, Dr Umar Jamjum dari Universiti  King Abdul Aziz, Dr Abdul Hamid Sulayman, Ulamak Sheikh Ahmad Muhammad Alawi Maliki, dan juga Secretary General OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu.

Apakah makna ini semua? Kita bolih menjawabnya, dengan pertemuan dalam rangka mengiratkan lagi sillaturrahim ini, maka tuduhan parti Umno dan juga kerajaan di mana Anwar adalah kawan, penolong dan talibarut Israel ini terlucut dengan serta merta.

Kedua, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Anwar masih lagi pemimpin dunia Islam yang menyokong penuh pergerakan membebaskan Palestin dan juga beliau adalah pemimpin dunia Islam yang bekerjasama erat dengan pemimpin-pemimpin dunia Islam yang lain.

Dengan kejayaan 'Arab Spring' di Tunisia, Mesir dan Yemen di mana pengisian dari revolusi ini adalah diisi oleh orang - orang Islam yang ada kaitan dengan gerakan Islam, dan juga gerakan gerakan Islam yang liberal dan moderat yang menghasilkan dan mengisi  perubahan di Turki, Morocco dan Jordan, kita bolih rumuskan ianya selari dengan usaha yang dibawa olih Anwar di Malaysia.

Walaupun beliau mengasaskan Parti Keadilan Rakyat yang bukannya parti Islam, tetapi dengan perjuangan untuk keadilan sejagat, hak - hak kemanusian, 'transparency' dan 'accountability', yang mana ini adalah nilai-nilai Islam yang murni itu sendiri.

Apatah lagi bilamana usaha ini dapat gandigan Parti Islam Malaysia, PAS.  Rakyat Malaysia berbilang kaum pula tidak perlu bimbang kerana nilai - nilai sejagat dan juga Islam ini jugalah yang diperjuangkan olih gerakan - gerakan pembaharuan di seluruh dunia sekarang ini sehingga terhasilnya 'Arab Spring' di benua Arab.

Oleh itu, masyarakat Islam di Malaysia yang beraspirasikan Islam dalam memerintah sebuah kerajaan tidak perlu sangsi dengan Anwar, malah hendaklah yakin dengan Anwar dalam menegakkan dan memerintah negara dengan beraspirasikan nilai-nilai Islam ini. Dengan itu janganlah mereka terkongkong dengan mentaliti jumud, yang mana Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS