Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Saya merujuk sebuah artikel yang disiarkan Utusan Online dan juga disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia edisi cetak 5 Jun lepas yang menyentuh kartun karya saya.

Artikel bertajuk "Penghinaan Kartunis" itu ditulis oleh seorang bernama "Malim".

Dalam artikel itu, kartun-kartun saya dituduh sebagai "menghina dan fitnah orang Islam lain".

Artikel ini terbit selepas tercetusnya kontroversi sebuah kartun yang disiarkan oleh akhbar Utusan sendiri.

Turut disiarkan ialah dua karya saya:

  1. Kritikan terhadap ulama yang tidak mengikut ajaran Islam.

  • Kritikan saya terhadap orang Islam yang mempersenda Al-Quran dengan menjunjung kitab suci itu dan bersumpah bagi membuktikan tuduhan jenayah sedangkan perbuatan itu tidak terdapat dalam ajaran Islam.
  • Ingin saya tekankan di sini:

    1. Saya mempunyai pendirian yang jelas dalam soal ini; mesej dalam sesebuah lukisan kartun bebas mengritik orang Islam, tetapi tidak wajar mengkritik atau mempertikai ajaran Islam.

  • Ajaran Islam, termasuk kitab-kitab suci serta Nabi Muhammad yang menjadi pembawa. Konsep ini juga terpakai untuk semua agama di dunia ini.
  • Kedua-dua kartun saya yang disiarkan oleh Utusan itu jelas mengkritik perlakuan orang Islam dan bukannya ajaran Islam itu sendiri.
  • Sungguh dangkal, Utusan melalui artikel ini tidak dapat membezakan antara mengkritik orang Islam dan mengritik ajaran Islam.
  • Utusan boleh siar dan kritik sebanyak mana pun kartun-kartun saya, tetapi saya tetap bertanggungjawab dan sedia mempertahankan kartun-kartun saya.
  • Saya sarankan Utusan untuk bertanggngjawab terhadap kartun mereka yang mempertikai ajaran Islam yang kini dikritik oleh masyarakat Islam termasuk oleh PAS.
  • Dan saya rasa adalah satu perbuatan terhormat bagi Utusan atau kartunis berkenaan untuk meminta maaf sekiranya terlanjur.

  • Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    ADS