Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mencadangkan dengan melihat pretasi Kontijen Sukan Malaysia (SUKMA) ke-14 negeri Perak sudah tiba masanya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menukar Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak daripada Datuk Zainol Fadli Paharudin kepada Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar memandangkan beliau mempunyai banyak pengalaman berkaitan sukan.
Kedudukan Kontijen Perak kali ini yang menduduki tempat yang terakhir dan juga gagal mendapatkan pingat emas perlu dinilai kembali termasuk ketika SUKMA 13 di Melaka dahulu kita tidak mencapai sasaran yang diinginkan.
Kami yakin imej Kontijen Perak boleh dipulihkan jika mendapat sentuhan seperti Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin dengan pengalaman luasnya.
Kami tidak bertujuan mencampuri urusan Umno/BN di dalam melantik penjawatan mereka, tetapi demi maruah sukan negeri Perak wajar ditukar jika mendatangkan manafaat lebih baik.
Kami yakin pertimbangan Datuk Seri Zambry jika ingin memulihkan imej Kontijen Perak pada SUKMA yang akan datang dan inilah harapan rakyat Perak agar kita mencipta dan mengharumkan nama Perak dalam SUKMA yang boleh dianggap penting ini.
Kami mengharapkan perubahan tersebut akan memajukan sukan dan atlet kerana ia memerlukan orang yang menjiwai sukan dalam menguruskannya.
Penulis adalah Penolong Setiausaha, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak