Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Berhubung Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang bersidang Rabu malam sebagai usaha mempercepatkan penyelesaian kes-kes tertunggak, atas inisiatif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Md Yunus berikutan lambakan kes yang perlu diselesaikan.

Maka, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dengan ini menyatakan pendirian dan mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

(A) PGSM menghargai kesungguhan dan inisiatif hakim Abdul Rahman tersebut, yang bertujuan baik untuk menyelesaikan kes yang tertunggak.

(B) Namun, secara dasarnya PGSM tidak bersetuju perbicaraan diadakan pada waktu malam, berdasarkan alasan-alasan berikut:

i. Faktor keselamatan: Pihak-pihak yang terlibat dalam tuntutan di Mahkamah Syariah adalah lebih kepada tuntutan yang melibatkan jiwa dan perasaan. Sesetengah yang hadir ke Mahkamah Syariah hadir bersendirian, dan ada juga yang datang bersama gerombolan saudara mara dan rakan-rakan. Dikhuatiri akibat tidak dapat mengawal perasaan, akan berlaku perbalahan dan pergaduhan, dan ia lebih berisiko jika perbicaraan pada waktu malam, berbanding siang hari. Risiko keselamatan pihak-pihak juga, sewaktu dalam perjalanan pulang terutama bagi yang tinggal berjauhan dari mahkamah. Maka persetujuan dari pihak-pihak perlu diperolehi sebelum seseorang hakim menetapkan tarikh perbicaraan pada waktu malam.

ii. Menurut Adab al-Qadi yang telah ditetapkan oleh ulama Islam, dan menurut Kod Etika Hakim Syarie dalam Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) No 1 Tahun 2001, Kod No 4(c) menyebutkan bahawa apabila seseorang hakim syarie berada dalam mahkamah dan mendengar sesuatu kes, dia hendaklah tidak mendengar sesuatu kes apabila dia berkeadaan tidak tenang seumpama dia berkeadaan marah, lapar, haus, mengantuk, letih dan tidak sihat. PGSM khuatir hakim akan berada dalam keadaan letih dan penat sekiranya perbicaraan diadakan pada waktu malam, kerana dia telah menjalankan perbicaraan seharian pada sebelah siangnya.

iii. Perbicaraan pada waktu malam bukan sahaja melibatkan hakim syarie, tetapi juga kakitangan yang berkenaan seperti pembantu hakim, pembantu pendaftar, setiausaha, polis, peguam syarie dan sebagainya. Rata-rata mereka ini terdiri dari kalangan orang yang telah berkeluarga, yang mana ada antaranya berstatus seorang isteri, yang perlu menumpukan perhatian di rumah kepada keluarga dan suami.

iv. Hikmah Allah SWT menjadikan malam adalah untuk istirehat dengan tidur atau mendekatkan diri kepada Allah (ibadah).

Firman Allah salam Surah al-An’am ayat 96 bermaksud: “Allahlah yang membelah Subuh dan yang menjadikan malam untuk rehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk menjadi sumber segala perhitungan. Inilah ketentuan yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui.”  

Dan firman Allah dalam surah an-Naba’ ayat 9 bermaksud:

"Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat."

Firman Allah dalam Surah az-Dzaariyat ayat 56 bermaksud: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembah-Ku.”

Maka, PGSM dengan ini menggesa dan menyarankan:

  1. Supaya perbicaraan tidak diadakan pada waktu malam.

  • Sekiranya kerajaan berinisiatif untuk mempercepatkan penyelesaian kes tertunggak, PGSM menyarankan supaya bilangan hakim-hakim syariah ditambah. Saya percaya antara sebab hakim Abdul Rahman mengambil inisiatif mengadakan sidang pada waktu malam antaranya disebabkan kekurangan hakim syarie di negeri Pahang.  
  • Kerajaan juga boleh mengambil inisiatif mengadakan perbicaraan pada hari Sabtutertentu, sekali atau dua kali dalam sebulan, adalah lebih baik dan kurang berisiko daripada mengadakan perbicaraan pada waktu malam.
  • Perbicaraan pada waktu malam hanya boleh diadakan dalam keadaan yang benar-benar mendesak, mendapat persetujuan pihak-pihak dan hendaklah dipastikan hakim berada dalam rehat secukupnya sebelum mendengar kes.

  • Musa Awang merupakan timbalan presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    ADS