Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Pada 1 Oktober lalu saya telah membuat satu laporan polis mengenai kehilangan motosikal. Laporan itu dibuat di pondok polis Taman Medan Petaling Jaya.

Setelah tiba di pondok polis itu, saya bertanya kepada seorang anggota polis sama ada saya boleh membuat laporan di pondok polis itu atau perlu ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya. Anggota polis tersebut berkata laporan boleh dibuat di situ sahaja.

Saya kemudiannya menyatakan tujuan saya membuat laporan. Saya menyatakan bahawa motosikal saya telah dicuri di kawasan perumahan Flat Taman Desa Ria.

Setelah mengambil keterangan dan merangka butiran itu di atas sehelai kertas anggota polis itu mengeluarkan sebuah mesin taip lama untuk menaip semula laporan.

Saya seperti tidak percaya pada zaman teknologi maklumat maklumat masih ada lagi pejabat kerajaan yang menggunakan mesin taip untuk urusan rasmi seperti itu. Saya perhatikan proses itu mengambil masa yang agak lama.

Seingat saya itulah kali pertama saya melihat anggota polis menulis laporan menggunakan mesin taip pada era 2000.

Saya berpendapat apalah kiranya di pondok polis itu disediakan sebuah komputer dengan perkhidmatan talian internet bagi memudahkan tugas harian mereka selain meningkatkan sistem penyampaian selari dengan perubahan masyarakat pada masa ini.

Urusan pentadbiran pada hari ini tidak sama dengan sistem yang ada 30 tahun lalu kerana rakyat kini semakin berubah, berilmu serta maju dengan pelbagai teknologi canggih.

Penggunaan  teknologi  akan memberi kelebihan dalam tugas harian sama ada dari segi menerima laporan atau usaha memerangi jenayah di kawasan masing-masing.

Selain itu teknologi maklumat juga akan menjadi satu medium komunikasi terbaik antara  polis dan masyarakat, seiring dengan perkembangan zaman  sains dan  teknologi .

Orang ramai khususnya di kawasan Taman Medan dan kawasan berhampiran dapat menyalurkan aduan atau  maklumat  mengenai jenayah dengan hanya melayari Internet dan menghantar emel.

Perkhidmatan teknologi maklumat serta laman web balai polis itu juga mampu mewujudkan kerjasama yang lebih erat antara masyarakat setempat dengan  polis  sekali gus menurunkan kadar jenayah di kawasan tersebut.

Justeru itu saya berharap pihak berwajib dapat mengatasi keurangan yang ada demi meningkatkan lagi kemampuan dan kredibiliti pihak polis di kawasan tersebut. Tindakan membanteras jenayah daripada menjadi bertambah parah juga bukan sekadar mahu menjaga nama baik negara.

Paling penting ialah untuk memastikan masyarakat setempat dapat menikmati persekitaran sosial yang selamat sepanjang masa.

ADS