Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

"...saya mahu Awang mengetahui bahawa saya sentiasa tahu siapa ketua saya. Ia bukan (Lim) Kit Siang ataupun (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kerana mereka bukan Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi BN ataupun Presiden Umno.

 

Surat terbuka Datuk Seri Nazri kepada Awang Selamat menyebut beberapa perkara yang menarik perhatian saya, salah satunya adalah keberanian beliau untuk dikritik pembangkang, gesaannya supaya Utusan Malaysia mencapai KPI, iaitu meningkatkan penjualan akhbar dan tidak merosakkan konsep 1 Malaysia dengan mempromosikan pandangan sempit dan perkauman Ibrahim Ali.

Beliau juga mendakwa kerana kesopanannya di Parlimen, lima orang MP pembangkang melompat menjadi bebas. Di akhir tulisannya beliau mengakui bahawa dirinya adalah rakyat Malaysia dahulu dan selepas itu barulah mahu dikenali sebagai Melayu.

Namun yang paling signifikan dalam tulisannya adalah kata-kata 'siapa ketua?', yang merujuk kepada Perdana Menteri.

 

Saya percaya ketua sebenar adalah rakyat dan Perlembagaan Persekutuan.

Jika semua anggota Kabinet di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kepercayaan ini, maka seluruh rakyat Malaysia akan mendapat faedah daripada dasar yang jelas, persekitaran yang kondusif untuk hubungan antara kaum dan negara yang mengutamakan kepentingan rakyat terbanyak dan bukan sekadar kepentingan kelompok kecil.

Satu perkara pokok dalam konsep rakyat sebagai ketua adalah komitmen kepada media bebas, yang saya harap dapat dipegang teguh oleh pentadbiran Datuk Seri Najib.

Jadi Utusan Malaysia harus membuat keputusan sama ada Datuk Seri Najib, Datuk Ibrahim Ali atau Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin mereka.

Jika Utusan Malaysia dibenarkan memilih siapa ketua mereka, kerajaan hanya boleh memilih untuk memenuhi kehendak satu ketua sahaja, iaitu rakyat.

Oleh itu saya menggesa Datuk Seri Nazri dan Awang Selamat supaya menerima gesaan untuk mendukung kebebasan media, sebagai tanda ketaatan kepada ketua sebenar - rakyat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS