Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Pada 19 Ogos 2010, saya dapati akaun simpanan saya telah dibekukan. Saya telah membuat panggilan kepada pihak bank berkenaan berhubung pembekuan akaun. Saya diberi tahu bahawa hutang kad kredit saya belum dilunaskan. Oleh itu pihak bank akan menolak sejumlah RM 917 daripada akaun saya. Bank tidak sekalipun cuba untuk menyelesaikan cara lain, sebaliknya hanya berkata, " I'm sorry ".

Pada 21 Ogos 2010, bank telahpun menolak RM 917 dari akaun saya. Berkali-kali saya terangkan melalui telefon, bahawa jika pihak bank berbuat demikian, komitmen saya terhadap pinjaman kereta, perbenlanjaan sehari, duit minyak, apatah lagi perbelanjaan menjelang Hari Raya akan terganggu.

Saya kesal dengan tindakan bank sebegini kerana;

  • Tiada sebarang surat dihantar untuk memberi tahu tarikh pembekuan akaun.
  • Tiada panggilan dari pihak bank berkenaan pembekuan akaun dan tunggakan kad kredit.
  • Bank telah membekukan akaun saya, walhal itu semua adalah wang saya.
  • Tiada sebarang ' mutual understanding ' berkenaan penyelesaian baki.
  • Bank telah menolak baki RM 917 daripada akaun saya tanpa arahan dari saya.
  • Bukannya bank tidak mengenakan faedah terhadap hutang.
  • Bulan depan sudah Hari Raya, tetapi saya tidak punyai wang untuk dibelanjakan.
  • Saya telah merayu supaya tidak menolak RM 917 dari akaun saya dan meminta untuk menyelesaikan baki minimum.
  • Bank tidak seharusnya membekukan akaun tanpa pemberitahuan atau notis.
  • Jumlah tunggakkan adalah RM 907, tetapi dikenakan tambahan RM 10. Untuk apa, saya pun tidak tahu.

Sekarang, kerosakan telah dilakukan, wang telah dirompak dari saya. Perbuatan bank itu saling tidak tumpah seperti Ah Long, di mana mereka membekukan akaun, memaksa pelanggan melunaskan hutang dan membiarkan pelanggan mengikat perut untuk menempuh seharian. Mana pergi kemanusian?

Saya terkilan, kerana sanggup syarikat gergasi yang selama ini saya setia sejak bangku sekolah lagi telah menindas orang kerdil. Apalah sangat RM 917 itu kalau dibandingkan dengan USD 1 billion untung selepas cukai yang diumumkan oleh bank itu.

Apakah wajar bank menindas golongan usahawan yang tidak berjaya macam saya? Bukankan ada cara lebih baik selain merompak dari akaun saya? Tidakkah bank boleh menyusun ansuran selama tiga bulan? Yang paling penting, mengapa menjelang Hari Raya?

Oleh itu, saya sarankan kepada masyarakat umum, jika hendak menggunakan kemudahan kredit kad, pilihlah bank tertentu.

Janganlah anda terikat dengan 'Ah Long gergasi' seperti yang saya alami.

ADS