Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setelah usaha menuntut kerajaan agar pesalah ‘saman ekor’ tidak lagi disenaraihitam untuk memperbaharui cukai jalan sehingga 28 Februari 2011, maka selepas ini PAS perlu pula mengetengahkan isu jenayah yang semakin serius di negara ini.

Desak kerajaan pastikan keselamatan rakyat di seluruh pelusuk negara, bukan di tempat tertentu sahaja.

Desak menteri turun padang tengok sendiri kelemahan kelengkapan polis, anggota peronda yang kurang, kenderaan peronda yang kurang, balai polis yang kurang dan sebagainya.

Lancarkan kempen ‘Rumahku, Penjaraku’, kerana rakyat sudah berasa taidak selamat lagi bukan sahaja di luar rumah, malahan dalam rumah yang dipasang grill tebal, kunci mangga banyak, sistem penggera, pengawa.

Sudah macam penjara rumah - ‘Rumahku, Penjaraku bukan lagi ‘Rumahku, Syurgaku’.

Banyak tempat Skim Rukun Tetangga tidak praktikal kerana ramai yang sekarang ini tidak ada masa untuk rondaan. Ini kerana ramai rakyat yang bekerja lebih masa, kerja part time untuk menampung kos sara hidup yang makin melambung tinggi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS