Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Bagi mencapai hasrat tersebut pihak Kementerian Pertahanan telah menyerahkan Surat Niat kepada syarikat DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTEC) bagi membuat kajian menyeluruh termasuk kajian berkaitan aspek teknikal serta kejuruteraan bersama-sama technical partner yang dilantik.

DEFTEC perlu menyediakan seal pattern untuk diuji oleh Tentera Darat.

Ujian ini bagi menentukan standard dan sekiranya ia mencapai piawaian yang ditentukan, barulah rundingan harga akan dibincangkan bersama kementerian ini.

Oleh itu sebarang penentuan terhadap harga masih belum diputuskan lagi oleh kementerian dan ianya akan didasarkan kepada ujian penilaian serta perbincangan yang akan dilaksanakan nanti. 

Kementerian Pertahanan menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya, YB Tony Pua seperti laporan yang disiarkan di dalam akhbar Malaysiakini   bertajuk ‘Pua: Harga kereta perisai melebihi harga pasaran’ dan Malaysian Insider bertajuk 'DAP wants government to explain RM 8b armoured vehicle buy' bertarikh 22 April 2010  adalah tidak tepat.

Nota: Kenyataan ini dari Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pertahanan Malaysia.  

ADS