Penyanyi dan komposer terkenal Amerika Syarikat Bob Dylan dianugerahkan Hadiah Nobel 2016 dalam bidang kesusasteraan.
Lagenda folk 75 tahun itu diberikan hadiah itu susulan “luahan puitisnya melalui tradisi lagu Amerika”, lapor akaun rasmi Facebook Nobel Prize.

Memetik laporan The Guardian, Setiausaha Akademi Swedish, Sara Danils menyifatkan Dylan sebagai individu yang berkeupayaan untuk menjadi seseorang yang hebat.
“Dylan menjadi contoh terbaik dan selama 54 tahun, beliau masih melakukannya iaitu sering mencipta semula dirinya.
“Blonde on Blonde adalah contoh karya luar biasa ditunjukkan melalui pembentukan perkataan berima, diletakkan bersama baris ulangan dan pemikiran bijak,” katanya.
Dylan yang dilahirkan dengan nama penuh Robert Allen Zimmerman memulakan karier muzik sejak 1959 dengan bermain muzik di kedai kopi di sekitar Minnesota, AS.
Karier Dylan mencapai tahap kemuncak bermula pada 1960an apabila dia mula bekerja sebagai sejarawan tidak formal yang mengkaji sejarah masalah Amerika.
Lagu-lagu seperti Blowin’ in the Wind dan The Times They are A-Changin’ menjadi lagu kebangsaan anti-peperangan dan pergerakan hak sivil.
Keputusannya untuk beralih arah dari muzik akustik dan lagu blues ke gitar elektrik, campuran itu menjadi lebih kompleks tetapi dibuktikan banyak membawa pengaruh besar.