| Page 1 - 20 of 20 |
| Ke mana janji reformasi Abdullah? |
| Amin Iskandar | Oct 9, 08 5:21pm |
| Persolan yang harus difikirkan oleh Umno dan BN pada ketika ini ialah, mampukah anak perdana menteri kedua itu memikul tanggungjawab untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN? |
|
| Perjalanan terakhir seorang Dolah |
| Hishamuddin Rais | Oct 7, 08 12:59pm |
| Apabila saya perhatikan gerak dan tingkah laku politik Dolah, maka saya cukup yakin bahawa susuk yang bernama Abdullah Ahmad Badawi ini ‘orang cacat’ dari segi pemahaman politik. |
|
| Utusan api-apikan sentimen kaum |
| Lee Ban Chen | Sep 24, 08 1:56pm |
| Pembaca Utusan Malaysia tentu sedar bahawa azan, jawi, JAIS, UiTM, dan babi antara isu-isu yang diperbesar-besar dan diapi-apikan oleh Utusan Malaysia daripada perspektif ketuanan Melayu dan ketuanan Islam, demi memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. |
|
| Hari-hari akhir PM Abdullah |
| Amin Iskandar | Sep 23, 08 4:52pm |
| Kereta tersebut berhenti dan secara spontan pengawal pengiring Abdullah meluru ke arah kami. Tiba-tiba Pak Lah yang berada di dalam kereta menurunkan cermin keretanya dan menjerit, “jangan tahan pelajar, mereka hanya ingin serahkan surat kepada saya”. |
|
| 10 tahun Reformasi, bahtera BN karam? |
| Amin Iskandar | Sep 4, 08 3:00pm |
| Ternyata kemasukan Ezam dan teman-temannya dalam Umno tidak membantu untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada Umno, akan tetapi ia menyebabkan pencapaian Umno dan BN lebih merosot berbanding dengan pilihanraya umum 8 Mac. |
|
| Bik Mama & Itek Angsa naik katil |
| Hishamuddin Rais | Aug 8, 08 10:19pm |
| Hendak dikatakan Betina ini seorang Nenek Kebayan paras rupa bukan nenek kebayan. Nak dikatakan Anak Dara sudah macam Mak Janda. Nak dikatakan Hantu, ada bentuk macam Manusia. Nak dikatakan Manusia, ada pula rupa macam Hantu - inilah perihal yang menakutkan Jantan Bertiga di dalam kelambu. |
|
| Jual PAS demi 'muka-pak-lah' |
| Amin Iskandar | Jul 31, 08 11:15pm |
| Nasib baiklah masih ada "golongan bijak" dalam PAS - Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memimpin golongan ini dalam parti Islam. Tanpa mereka, kemungkinan besar PAS sudah dijual oleh "beberapa individu" yang menggunakan nama PAS untuk menyertai Barisan Nasional. |
|
| Muzakarah, muzakkar & zakkarah |
| Hishamuddin Rais | Jul 29, 08 9:19pm |
| Inilah yang lebih pelik dan hampir tidak dipercayai kerana yang mejadi juru dongengnya seorang yang amat keras pegangan agamanya sehinggakan sanggup pasa satu ketika dahulu "mengkafirunkan" sesiapa sahaja yang tidak berpayung di bawah ketiaknya. |
|
| Al-kesah kerbau naik ke katil |
| Hishamuddin Rais | Jul 22, 08 7:15pm |
| Dengan pantas Dua Budak Suruhan ini menjawab bahawa kerbau jantan ini telah ditemui tersorok di atas katil Anak Muda. Kerbau jantan ini ditemui sedang tidur di atas katil. Kerbau jantan ini telah diselimutkan dengan kain cadar kerana itu orang kampung tidak dapat melihatnya. |
|
| Geli-geleman muzakarah PAS-Umno |
| Amin Iskandar | Jul 22, 08 6:40pm |
| Ketika Umno yang memimpin BN hilang kredibiliti dan sokongan daripada rakyat terutamanya masyarakat bandar, masih ada pemimpin PAS yang cuba menyelamatkan mereka dengan menggunakan hujah "penyatuan umat Islam dan perpaduan Melayu". Rasa geli-geleman apabila mendengar hujah ini. |
|
| Ibarat duit batang pisang |
| Hishamuddin Rais | Jul 7, 08 3:45pm |
| Jepun juga telah meluluskan pelbagai undang-undang. Jepun ada mahkamah dan hakim. Jepun telah menahan ramai orang. Jepun juga telah memenjarakan ramai warga. Malah Jepun juga telah mengeluarkan duit Jepun bercetakkan Pokok Pisang. |
|
| Wan Azizah ibarat Aquino? |
| Amin Iskandar | Jul 5, 08 8:43am |
| Dalam tinjauan yang dibuat oleh Merdeka Center sebuah badan bebas, majoriti rakyat Malaysia yang mereka temubual, tidak mempercayai tuduhan liwat terbaru terhadap Anwar. Menurut Ibrahim Suffian, daripada 225 orang yang ditemubual, 60 peratus daripada mereka merasakan bahawa tuduhan terbaru terhadap ketua umum PKR bermotifkan politik. |
|
| Minyak naik, rakyat bangkit |
| Amin Iskandar | Jun 6, 08 1:50pm |
| Pada 5 November lalu, dalam forum yang bertajuk ‘Jenayah dan Rasuah: Malaysia Dalam Bahaya’, Husam Musa yang kini memangku menteri besar Kelantan memberitahu hadirin bahawa harga minyak akan dinaikkan sebanyak 70 sen oleh kerajaan BN selepas pilihanraya umum. |
|
| Monolog seorang nyah |
| Hishamuddin Rais | Jun 6, 08 1:47pm |
| I jadi sedih ni bila I dengar orang parti you kata 'kita belajar dari presiden kita, dia yang ajar kita...' Orang parti you ikut betul-betul perangai you. Dia orang cerita, yang dulu pun you buat kalut bakar bontot Tunku. Lah ni dia orang nak bakar bontot you. |
|
| Berjuang demi jatuhkan BN |
| Lee Ban Chen | Jun 5, 08 9:30pm |
| Selain parti Islam, PKR dan DAP belum ada pengalaman memerintah. Oleh itu, cabaran memerintah di lima kerajaan Pakatan adalah cabaran yang tidak mudah dihadapi, terutamanya memandangkan kerajaan persekutuan enggan memberi kerjasama yang diperlukan, malah cuba mensabotaj. |
|
| Bolehkah Pakatan tubuh kerajaan? |
| Lee Ban Chen | Jun 4, 08 10:42am |
| Anwar Ibrahim mulai bercakap tentang kerajaan dalam penantian dan berulang kali mengisytiharkan Pakatan telah mempunyai cukup ahli parlimen BN yang akan melompat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan – pada masa yang dianggap sesuai sebelum 16 September. |
|
| Mat Ezam bukan pengkhianat |
| Hishamuddin Rais | May 29, 08 4:57pm |
| Apabila Mat Ezam memasuki gerombolan United Malays National Organisation, ke mana agaknya Lokman Adam mahu cari makan kerana Mat Ezam juga akan ke hulu ke hilir dengan modal yang sama? |
|
| Arus deras Reformasi 1998-2008 |
| Amin Iskandar | May 21, 08 2:12pm |
| Selain mengubah Umno dan BN, gerakan reformasi juga memberikan impak yang besar terhadap dua parti tua pembangkang iaitu PAS dan DAP. |
|
|
|