Ada manusia sudah mati walaupun masih hidup. Ada pula masih hidup walaupun sudah mati. Rashid Maidin (1917-2006) tergolong dalam jenis manusia kedua.
Allahyarham adalah tokoh yang tidak boleh dipisahkan dalam warisan perjuangan anti-penjajahan negara kita.
Adakah ia satu kebetulan atau ada sesuatu yang tersirat, Rashid dilahirkan pada bulan dan tahun yang sama dengan berlakunya Revolusi Soviet/Revolusi Oktober di Russia, iaitu pada Oktober 1917 di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak.
Beliau meninggal dunia pada usia 89 tahun di Sisakoin, Narathiwat, selatan Thailand pada kira-kira jam 9 pagi 1 haribulan September 2006.