Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ramadan kali ini meriah dalam kegelisahan kaum dan keagamaan. Satu demi satu isu kaum dan keagamaan muncul menjadi tatapan harian kita.

Ramadan kali ini datang bersama barakah yang "baru" -- anjing, bilik persalinan dan sup babi. Ia disambut dengan sup dan, seminggu menjelang Aidilfitri, diakhiri dengan anjing.

NONE Di tengah-tengahnya ada ruang makan di tempat mandi!

Dua haiwan ini pula simbolisme yang paling mengerikan orang Melayu di negara kita, yang semuanya dipaksa dan terpaksa menghayati Ramadan.

Sama ada wajar atau tidak kengerian itu, simbolisme itu menggugah keyakinan kita pada keharmonian masyarakat yang selama ini mendabik dada sebagai "jamak budaya".

Di awalnya, Melayu rasa tergugat angkara pasangan bukan Islam. Kemudian orang bukan Melayu pula gelisah dengan keputusan guru besar Islam.

Benar atau salah, kedua-duanya ditanggap sebagai isu antara kaum dan antara agama.

Namun di hujung Ramadan, orang Melayu dihadapkan dengan persoalan yang lebih serius, mendasar dan memakan diri mereka sendiri.

Garis keras Dr M atau transformasi?

Ibaratnya, orang Melayu dipaksa menatap wajah hodoh diri sendiri di cermin yang retak.

Timba NONE lan perdana menteri Muhyiddin Yassin-lah orang pertama yang terpandang wajah hodohnya sendiri apabila mengaitkan insiden "menghina agama" dengan orang bukan Melayu!

Dalam insiden pasangan Alvivi bersama bah kut teh mereka, orang Islam boleh menyalahkan kaum lain.

Kebetulan "kaum" itu pula ada signifikasi politik dalam konteks pilihan raya umum ke-13 -yang selama ini sudah bergelumang dengan kecemburuan ekonomi Melayu.

Tetapi isu video anjing dan takbir raya bukan lagi isu antara kaum atau antara agama; ia sudah menjadi isu dalaman Melayu dan juga, barang kali, isu antara Melayu dan anjing-anjingnya!

Semua itu pula datang dalam semangat politik pasca pilihan raya umum dan keresahan aliran berhaluan kanan untuk menterbalikkan apa sahaja projek transformasi perdana menteri.

NONE Empat tahun selepas itu, pentadbiran Najib Abdul Razak sedang meniti hari-hari krisis besar dalam hidupnya: sama ada beliau akan menjejak garis-garis keras Dr Mahathir Mohamad atau kekal dalam projek transformasinya.

Barang perlu diingat, Dr Mahathir bermula pada 1981 dengan harapan, keterbukaan dan imej bersih. Pada pilihan raya umum setahun selepas itu, beliau melancarkan slogan 'Bersih, Cekap dan Amanah' (BCA).

Seperti Najib, Dr Mahathir juga membebaskan tahanan ISA.

Tergendala disergah PERKASA

Seperti Najib yang mahu meraikan kegelisahan kaum bukan Melayu dan penghuni kota; Dr Mahathir juga mahu merayakan tuntutan kaum Islamis dengan universiti dan bank Islam.

Tokoh Islamis waktu itu Anwar Ibrahim menyertai kerajaannya.

ops lalang 261005 star front page Namun sepenggal pentadbiran Dr Mahathir selepas pilihan raya umum 1982 hingga 1986 dipenuhi skandal demi skandal kewangan dan disulami kebejatan politik demi kebejatan politik, termasuk kehancuran Umno.

Kemuncaknya kini sudah terpampang: Operasi Lalang 1987, krisis kehakiman 1988, krisis dengan istana pada awal 1990-an dan diakhiri dengan krisis dengan timbalannya Anwar pada penghujung dekad itu.

Pembolotan sumber ekonomi dan pemusatan kuasa dipagari pula kawalan undang-undang yang sangat ketat - yang tidak pernah dilakukan oleh tiga perdana menteri sebelumnya.

Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn gelisah dan membantah Dr Mahathir. Tidak seperti nasib mantan perdana menteri itu, Najib berdepan dengan Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi yang setia bersamanya.

Najib bersama gerombolan elit berkuasa Umno, Melayu haluan kanan dan sendi utama pentadbirannya kini - jika tidak diawas-awas - sedang menyusun gerak politik "Mahathir 2.0"!

Dokumen ekonomi Najib yang digelar Model Ekonomi Baru (NEM) sudah lama tergendala. Gara-gara sergahan PERKASA, organisasi hingusan yang dipayungi Dr Mahathir, Najib tidak sanggup meneruskannya.

'Demokrasi terbaik' yang berantakan

Nasib dasar ini sama dengan projek Hadhari Abdullah. Hanya gah dengan suruhanjaya diraja memperbaiki polis tetapi kecut untuk melaksanakan IPCMC, badan pemantau bebas yang disarankan untuk suruhanjaya itu.

abolish isa ramadhan protest 131006 muffled Gertakan Bukit Aman dan sergahan Pemuda Umno menghanyutkan terus mimpi IPCMC Abdullah.

Kini, apa sahaja yang cuba ditonjolkan sebagai "demokrasi terbaik dunia" bawah Najib sedang berantakan satu demi satu.

Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ingin dikembalikan atas alasan kawalan jenayah dan keresahan antara kaum.

Akta Hasutan yang ingin dimansuhkan hanya sampai di halkum. Akta Perhimpunan Aman tidak menjamin kebebasan berkumpul dan Internet pula kini dipermasalahkan.

Di simpang inilah, tiba-tiba perjalanan Najib dihantui insiden tembakan, rompakan berprofil tinggi, sup babi dan video anjing. Semuanya bergentayangan di kelopak matanya!

Sejak April 2009, pentadbiran Najib sedang meniti krisis besar dalam hidupnya: sama ada beliau akan menjejak garis-garis keras Dr Mahathir atau kekal dalam projek transformasinya.

Tepuk dada Najib, tanya siapa?


Seorang anggota sidang pengarang Malaysiakini , FATHI ARIS OMAR sentiasa mencurigai pihak berkuasa sebagai "the necessary evil".


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS