Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
Columns
Perayaan pertama Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa di Malaysia

Tanggal 21 Feb adalah Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa. Hari bersejarah ini ditetapkan pada 1999 melalui satu resolusi yang diluluskan dalam sesi ke-30 Sidang Umum Pertubuhan Kebudayaan, Sains dan Pendidikan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dan dirayakan di Paris pada 2000 dan Dhaka (Bangladesh) pada 2001.

Kenapa 21 Feb? Ia dipilih sebagai memperingati peristiwa terkorbannya lima pelajar Pakistan Timur (sekarang Bangladesh) pada tarikh tersebut pada tahun 1952 kerana memperjuangkan bahasa Bangla sebagai bahasa rasmi Pakistan di samping bahasa Urdu.

Dan seperkara lagi yang membanggakan ialah Malaysia turut menyokong Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa yang dicadangkan oleh Bangladesh dalam sidang Unesco tersebut.

Ketetapan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa menandakan pengakuan nilai-nilai sejagat yang memperkuatkan paduan dan pautan masyarakat melalui kepelbagaian bahasa dan budaya.

Oleh itu, tujuan perayaannya ialah untuk mengakuri dan meningkatkan amalan pluralisme yang menggalakkan kewujudan dan perkembangan kepelbagaian bahasa, sistem pendidikan dan budaya di negara-negara terbabit, berasaskan pemahaman, toleransi dan dialog.

Minggu lalu, buat kali pertamanya, Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa disambut di negara kita, anjuran Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong, dengan sokongan badan bahasa pelbagai kaum, termasuk Persatuan Linguistik Malaysia, Yayasan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil Malaysia, Yayasan Bahasa Kadazandusun, Institut Penyelidikan Borneo, dan Sinui Pai Nanek Sengik.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS