Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sempena hari kemerdekaan yang bakal disambut tidak lama lagi, lebih baik kita melihat kembali sejarah dan kesannya terhadap rakyat Malaysia pada hari ini.

Satu ketika dahulu, tanah ini pernah dijajah oleh pelbagai pihak. Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun – masing-masing pernah 'menghisap' kekayaan tanah ini.

british coldstream guard Dalam penjajah-penjajah ini, Inggerislah yang paling lama menetap dan bertapak di tanah air ini. Inggeris meninggalkan kesan mendalam pada negara dan rakyat pada hari ini.

Jikalau Inggeris tidak mengamalkan sistem pecah dan perintah sewaktu menjajah negara ini, kemungkinan besar Malaysia tidak mempunyai masalah politik perkauman. Masalah ini masih belum dapat diselesaikan sehingga hari ini.

Kuatnya kesan penjajahan Inggeris terhadap tanah ini sehingga menyebabkan Hindraf menganjurkan demonstrasi besar-besaran di ibu negara pada 25 November 2007.

Demonstrasi ini bertujuan untuk menghantar petisyen yang ditandatangani oleh 100,000 orang kepada kedutaan Inggeris di Kuala Lumpur.

Hindraf menyalahkan kerajaan Inggeris kerana membawa mereka dari India ke tanah ini dan bertanggungjawab terhadap kemiskinan yang mereka hadapi.

Pengaruh bahasa Inggeris

Peninggalan penjajah Inggeris yang begitu berguna sekali kepada rakyat Malaysia pada hari ini adalah bahasanya. Bahasa Inggeris menjadi bahasa penghubung kepada sebahagian besar masyarakat dunia.

Dengan kelebihan ini, rakyat Malaysia dengan mudah dapat bersaing dengan masyarakat antarabangsa. Di Asia Tenggara, Malaysia selain Singapura, mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik.

Lihat saja nama-nama parti politik arus perdana di negara ini. Masing-masing menggunakan nama “orang putih”.

United Malay National Organization (Umno), Malaysian Chinese Association (MCA), Malaysian Indian Congress (MIC), Democratic Action Party (DAP), Sabah Progressive Party (SAPP), Sarawak United People’s Party (SUPP) dan banyak lagi.

anti ppsmi math and science education in english school children Bahasa Inggeris pernah menyebabkan politik negara bergolak. Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Dalam dasar ini, bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam semua peringkat pendidikan.

Dasar ini ditentang oleh pencinta bahasa kebangsaan sehingga tercetuslah demonstrasi besar di Kuala Lumpur tidak berapa lama dahulu. Asakan demi asakan daripada penentang-penentang PPSMI telah menyebabkan kerajaan memansuhkan dasar tersebut secara berperingkat-peringkat.

Aktivisme dan bahasa Inggeris

Di Malaysia pada hari ini, terdapat banyak NGO. Ada NGO hak asasi manusia, hak wanita, hak kanak-kanak, hak kaum dan reformasi pilihan raya.

Saya cukup kagum dan hormat dengan kerja-kerja amal dan kemanusiaan yang dilakukan oleh NGO ini. Mereka berkerja bukan bermotifkan keuntungan. Kepuasan mereka adalah apabila sesuatu yang diperjuangkan dapat dicapai.

ppsmi march 070309 crowd.jpg Ada yang terpaksa merengkok di dalam lokap dan penjara semata-mata untuk mempertahankan prinsip atau membela golongan yang tertindas. Bukan semua orang boleh melakukan apa yang dilakukan oleh golongan ini.

Akan tetapi kerja-kerja baik dan kajian kemasyarakatan yang dilakukan tidak dapat sampai kepada majoriti rakyat Malaysia kerana bahasa Inggeris menjadi medium utama penyampaian mereka.

Saya sering menerima kenyataan akhbar daripada NGO ini yang memaklumkan tentang aktiviti atau pandangan mereka berkenaan dengan isu-isu semasa.

Kebiasaannya, kenyataan-kenyataan yang dihantar kepada saya bermutu dan pasti akan bermanfaat membantu kefahaman masyarakat. Sayang seribu kali saya, kenyataan yang baik tersebut tidak mempunyai versi bahasa kebangsaan.

anti ppsmi rally 070209 pak samad police Jika NGO ini menggunakan medium bahasa kebangsaan, sudah pasti majoriti rakyat Malaysia akan 'dicerahkan'. Apabila bahasa Inggeris dijadikan medium, idea yang baik hanya dapat dikongsikan dengan kelompok kelas menengah dan ke atas.

Golongan miskin kota dan rakyat di kampung-kampung terus menerus dihidangkan dengan maklumat dari televisyen dan akhbar arus perdana.

Saya pernah bertanya kepada seorang kenalan: Mengapa sesebuah program dianjurkan menggunakan medium bahasa Inggeris?

Dengan tenang beliau menjawab: “Bahasa kebangsaan tidak digunakan kerana majoriti yang hadir program tersebut terdiri daripada masyarakat bukan Melayu”.

Jawapan beliau menyebabkan saya tersentak dan berfikir, apakah masyarakat bukan Melayu yang hadir di program tersebut tidak diiktiraf sebagai rakyat Malaysia?

Setahu saya, bahasa kebangsaan bukan lagi milik orang Melayu sahaja. Ia milik semua rakyat Malaysia. Bahasa Melayu telah dimiliknegarakan untuk dijadikan bahasa kebangsaan.

Seorang teman yang lain menyampuk: “Tengok kawasanlah, bro . Ini kan Bangsar”.

Saya tergamam dengan jawapan ini dan sempat berfikir, apakah kawasan Bangsar sebahagian dari Kota London?


Amin Iskandar adalah penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API). Beliau memblog di www.aminiskandar.blogspot.com dan 'berkicau' di www.twitter.com/aminiskandar.

ADS